Saham Akhirat Mohon Doa Dan Hadiah Al-Fatihah Kepada Arwah.

Ziarah Pusara Ayah dan Ibu. Wajahmu berdua tetap indah di jiwa ini.

4.52 pagi, hari Ahad 14.09.2025  kian menjelang subuh. Membuat perjalanan dari blog ke blog kegemaran, membaca dan melihat paparan catatan teman-teman blogger kegemaran dan juga blog baru ditemui. Banyak cerita saling berbeza, memberi inspirasi dan motivasi untuk meneruskan blog pinggiran ini. Kita pandang secara positif flatform Blog masih unggul dan releven walau ledakan MEDSOS lain mengungguli laman sosial.( Mukaddimah Catatan )

Mengharap Saham Akhirat Dengan Doa & Al- Fatihah Hadiah Kepada Arwah Ayah & Ibu Etuza.

Asalamualaikum dan selamat sejahtera, awal pagi Etuza bersiaran di blogspot.com. Terfikir hari ini apabila  ternampak gambar pergi ke pusara arwah ayah dan ibu di Perkuburan Orang Islam di Kampung Penagatan Ulu untuk membuat satu entry berkaitan arwah ayah dan ibu. Pada pagi Syawal menjelang Hari Raya tahun 2025 bersama anak-anak Etuza datang ziarah kubur mereka berdua.  Saja menyimpan gambar ini untuk tatapan Etuza sendiri. 

Rupanya ada manfaat gambar ini, dan Etuza anggap idea ini adalah ILHAM dari Allah harus bagaimana cara lain untuk menjana SAHAM AKHIRAT.

Ayah dan ibu Etuza telah pergi, saat kepergian meraka dalam tahun yang sama tahun 2024 dalam bulan berbeza, hampir tidak dapat menerima takdir itu. Segera Etuza istigfar dan redho sesungguhnya tiada manusia yang terus hidup di Dunia yang pentas sementara ini. Menuju akhiratNya juga yang kekal abadi. Walaupun kini mereka tiada di depan mata, tetapi mereka tetap hidup di kalbu Etuza. 
" Mak ayah, maaf kan segala kesalahan Etuza selama menjadi anak mu di Dunia, maaf kan segala kekasaran Etuza dalam tutur bicara kepadamu semasa hayatmu.Maafkan Etuza."
Kepada rakan blogger yang selalu terjah blog Etuza ini, Etuza mohon agar sudi doakan arwah ibubapa Etuza agar diampuni Allah segala dosa mereka dan hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada keduanya. Dengan ajakan mendoakan arwah serta kiriman hadiah Al-Fatihah teman blogger mendapat SAHAM AKHIRAT bersama dengan Etuza. Etuza yakin Allah mendengar doa kita dan tahu keikhlasan teman blogger semua. 

Semoga arwah ibubapa Etuza mendapat cahaya dan diperluaskan alam kubur meraka dengan doa dan kiriman Al-Fatihah dari anak dan semua teman blogger yang sudi membaca bersama khusus Al- Fatihah kepada arwah Ayup Bin Sanap dan arwah Fatima Binti Asiniti. Kepada teman blogger yang ayah atau ibu yang telah menggal dunia hadiahkan sekali dengan arwah ibubapa kalian. Aamiin.

Ucapan Terima Kasih.

Etuza ucapkan jutaan terima kasih atas doa dan hadiah kiriman Al-Fatihah kepada kedua arwah orang tua Etuza. Semoga teman blogger sentiasa sihat, selamat dan ceria selalu. Aamiin.

" Doa dari anak kepada yang telah pergi pasti sampai kepada arwah di alam barzak
dengan izin Allah jua"

Semoga Allah ampuni kedua orang tua Etuza, ditempatkan di sisi orang 
yang beriman. Aamiin.

Berdiri adalah anak ke 4 Etuza. Perkuburan orang Islam di Kampung Penagatan Ulu.

Ramai berziarah di perkuburan semasa Hari Raya tahun 2025. Mendokan dan membaca yasin
tahlil kepada semua arwah.

Kenali Nabi Muhammad SAW, bacalah tentang Nabi pasti ada saham akhirat.

Baca lah Al-Quran, sehari selembar, kemudian dua muka surat dan seterusnya hingga qatam Quran. Dari anda bagaimana menjana saham akhirat.InshaAllah.

Fadilat atau Kelebihan Membaca Al- Quran.

Setiap huruf dibaca mendapat 10 pahala ganjaran, al-Quran akan menjadi pemberi syafaat ( penolong ) di akhirat kelak, memberikan ketenangan dan kebahagiaan jiwa, serta meningkatkan  keimanan dan akhlak pembacanya, bahkan mampu menguatkan ingatan dan menyelesaikan masalah kehidupan. Sumber Ikhtiar Al.

 

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Alfatihah.. semoga kedua ibubapa PE ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, subahanallah, Wak yang first datang di blog PE dan hadiakan doa dan al- Fatihah. Ganjaran pahala pastinya untuk wak.Alhamdulillah.

      Padam
  2. Semoga Allah SWT mengampuni semua kesalahan mereka dan menerima semua amal kebaikannya dan ditempatkan bersama golongan yang beroleh rahmat-Nya. Terima kasih cikgu sentiasa mengingatkan kami dengan kebaikan.. Di antara nikmat kehidupan ialah apabila dikelilingi sahabat2 yang sentiasa mengingatkan kepada akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih ustaz, memabaca komen tuan, saya mendapat sentuhan rasa kecil sekali di hadapanNya. Saya banyak kelemahan..Justru jika ada ilmu biar sepatah mohon sampai kepada sesiap juga pembaca maya..

      Padam
  3. Al Fatihah buat allahyarham bapa dan allahyarhamah ibu cikgu Etuza. Semoga tenang roh mereka di sana dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya, Doa orang Islam yang tulus pasti Allah kabulkan..

      Padam
  4. Semoga arwah ibu bapa saudara Etuza ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh, diampunkan dosa2 mereka dan diterima amal ibadah mereka sepanjang hayat mereka terdahulu 🤲🏻

    BalasPadam
  5. Semoga arwah ditempatkan di kalanga orang yang beriman.... Alfatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..alhamdulillah..terima kasih banyak banyak sudi doakan..

      Padam
  6. Semoga arwah kedua ibu ayah Cg dan arwah ibu ayah saya dirahmati Allah SWT. Doa saya agar kita dapat berkumpul semula di syurga bersama ibu ayah kita nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, terima kasih sudi mendoakan..kemabli kepada keluarga Puan Hazel rahmat dan pahala..

      Padam
  7. Baru tahun lepas kedua-dua ibubapa cikgu meninggal ya.. masih baru juga tu. Salam takziah.. perginya tiada ganti, rindunya tiada penghujung 🥀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tahun lalu, apapun arwah sentiasa dalam ingatan, dan sering doakan mereka agar diampuni Allah segala dosa..

      Padam
  8. Belum lama orangtua Bang Etuza meninggal yaa .. Insyaallah sudah saya baca Al Fatihah untuk keduanya. Saya doakan juga almarhum ayah dan almarhumah ibu dilapangkan kuburnya, diterangi cahaya, dijauhkan dari siksa kubur, dan diterima semua amal kebaikan mereka selama di dunia. 🙏🙏

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.