Buah manggis nampak lebat kali ini.
29.09.2025, pagi Isnin, kemaskinikan blog lagi. Banyak cerita hendak sampaikan tetapi ita kekangan masa yang benar-benar berkualiti mengurus blog. Disebabkan itu kadang kala terbuat kesilapan di blog seperti kesilapan ejaan dan gambar kurang memberi daya tarikan. Mohon maaf belum benar-benar berkesempatan melakukan blog walking ke semua blog kegemaran.
Lebat Buah Manggis Dekat Rumah.
Kali ini, catatan tentang buah manggis lebat berbuah kali ini. Dahulu jika berbuah hampir tidak termakan barang sebijipun. Disebabkan awal lagi di ganggu oleh haiwan berekor panjang iaitu TUPAI. Kali ini Etuza buat reban ayam dekat pokok manggis, setiap pagi dan petang mesti lalu di bawah pokok manggis. Nampak kali ini banyak atau lebat buahnya. Semoga tidak di ganggu oleh tupai lagi.
Pokok Rambutan Madu Juga Berbunga Lebat.
Pokok rambutan juga berbunga lebat. Pokok rambutan juga apabila berbuah mesti lebat buah sehingga berlebihan, tetapi tidak terkecuali diganggu oleh TUPAI. Jalan lain hendak selamatkan buah daripada gugur dan rosak adalah dengan cara memberi kepada orang lain, dan yang tersisa akan dituai dan menjual rambutan kepada yang berminat.
Memang ramai yang mahu, dan pasti ada yang menggemari makan rambutan madu ini. Digelar rambutan madu kerana isinya tebal, manis dan mudah terkopek dari biji. Tidak melekat.
Buah Lada Hijau dan Cili Bara Kini Menampakkan Hasil.
Projek menanam lada atau cili bara adalah ilham atau cetusan idea dari anak ke 5. Selepas Latihan Mengajar, untuk hilangkan boring katanya ingin menanam lad atau cili bara dalam poli bag bersaiz besar. Pada hari ini pokok cili bara yang ditanam disiram dan dibaja mesakin tinggi dan berbuah lebat.
Diharapkan menjadi biji lada yang sihat dan bolehlah dikongsikan kepada orang lain yang suka makan cili pedas. Masa ini semua buah cili bara kelihatan hijau dan sangat lebat. Tidak sabar melihat buah cili bara menjadi kemerah merahan, pasti menarik.
Ehsan gambar : Etuza

17 Ulasan
Berbudi kepada tanah, in syaa Allah dapat menuai hasil lumayan.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki tumbuhan mengeluarkan hasil yang boleh dinikmati.
BalasPadamtak sabar nak menunggu hasilnya kan Etuza :)
BalasPadamlebat betul buah manggis tu.rezeki alhamdulillah.
BalasPadamBeing kind to the land is so important. Beautiful photos!
BalasPadammeriahnya. kalau lebat segini memang puas makan nanti kan?
BalasPadamalhamdulillah
bestnya.. saya suka manggis.. kalau zaman budak2 dulu saya panjat sambil makan atas pokok.. kulitnya saya lempar orang kat bawah haha.. dulu pokok besar2 tinggi, tak macam pokok sekarang baka kahwin rendah je..
BalasPadamalhamdulillah dapat menuai hasil kerajinan bertani
BalasPadamSeronoknya, hasil tanaman mula mengeluarkan hasil. Saya pernah tengok, ada yang letak kepingan aluminium yang licin di batang pokok, supaya tupai tak boleh panjat.
BalasPadamMelihat bunga manggis bagai ada satu rasa di lubuk hati terkenang zaman kanak-kanak..
BalasPadamCili putih tu kami panggil Cili Sabah🤭 dibelah belah goreng beraama bawang tabur atas ikan goreng.sedap sangat pada tekak saya
Cantik semuanya bila dah mula mengeluarkan hasil.. Masalah tupai masih di anggap kecil di kg saya berbanding monyet yg dtg akan menyebabkan semua hasil berguguran ke tanah..
BalasPadamMenanam cili selalu tak menjadi hihii.. biasa apabila hasil keluar dalam beberapa kali sahaja kemudian pokok pun mati.. 😅
BalasPadambanyak betul putik manggis tu. Teringat anak bongsu masa dia kecil dia suka sebut "Alip tak pernah makan manggis"...padahal dia nak sebut Alip dah lama tak makan manggis.
BalasPadamlebat hasilnya! seronok bila semua dah masak nanti, boleh makan banyak2
BalasPadamBuah manggis antara kesukaan saya juga.
BalasPadamwah banyak hasilnya cikgu. Pakai baja apa ye. Tempat saya cik nyet dan geng banyak menganggu. Kalau ada hah ada le rezeki kai adik beradik
BalasPadamWaaah saya jadi tahu pohon manggis. Selama ini suka buahnya, tp tak pernah lihat langsung pohonnya bang 🤭.
BalasPadamKalo suka berkebun, tangannya dingin biasanya. Apapun yg ditanam tumbuh subur 😄👍
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.