expr:class='data:blog.pageType'>

Buah Manggis Berbunga Lebat & Tanaman Lain Nampak Berhasil.

Buah manggis nampak lebat kali ini.

29.09.2025, pagi Isnin, kemaskinikan blog lagi. Banyak cerita hendak sampaikan tetapi ita kekangan masa yang benar-benar berkualiti mengurus blog. Disebabkan itu kadang kala terbuat kesilapan di blog seperti kesilapan ejaan dan gambar kurang memberi daya tarikan. Mohon maaf belum benar-benar berkesempatan melakukan blog walking ke semua blog kegemaran.

Lebat Buah Manggis Dekat Rumah.

Kali ini, catatan tentang buah manggis lebat berbuah kali ini. Dahulu jika berbuah hampir  tidak termakan barang sebijipun. Disebabkan awal lagi di ganggu oleh haiwan berekor panjang iaitu TUPAI. Kali ini Etuza buat reban ayam dekat pokok manggis, setiap pagi dan petang mesti lalu di bawah pokok manggis. Nampak kali ini banyak atau lebat buahnya. Semoga tidak di ganggu oleh tupai lagi.





Pokok Rambutan Madu Juga Berbunga Lebat.

Pokok rambutan juga berbunga lebat. Pokok rambutan juga apabila berbuah mesti lebat buah sehingga berlebihan, tetapi tidak terkecuali diganggu oleh TUPAI. Jalan lain hendak selamatkan buah daripada gugur dan rosak adalah dengan cara memberi kepada orang lain, dan yang tersisa akan dituai  dan menjual rambutan kepada yang berminat. 

Memang ramai yang mahu, dan pasti ada yang menggemari makan rambutan madu ini. Digelar rambutan madu kerana isinya tebal, manis dan mudah terkopek dari biji. Tidak melekat.


Buah Lada Hijau dan Cili Bara Kini Menampakkan Hasil.

Projek menanam lada atau cili bara adalah ilham atau cetusan idea dari anak ke 5. Selepas Latihan Mengajar, untuk hilangkan boring katanya ingin menanam lad atau cili bara dalam poli bag bersaiz besar. Pada hari ini pokok cili bara yang ditanam disiram dan dibaja mesakin tinggi dan berbuah lebat. 

Diharapkan menjadi biji lada yang sihat dan bolehlah dikongsikan kepada orang lain yang suka makan cili pedas. Masa ini semua buah cili bara kelihatan hijau dan sangat lebat. Tidak sabar melihat buah cili bara menjadi kemerah merahan, pasti menarik.


Ehsan gambar : Etuza

Catat Ulasan

0 Ulasan