Bertemu kawan peminat bunga kertas Saudara Oppon dari Kampung Moggitom, Keningau.
Rancangan Tertangguh Tanpa Di Duga.
Nampaknya Cuti Sekolah minggu ini dan selama 9 hari, tidak dapat ke mana-mana. Keadaan cuaca hujan setiap hari dan berlakunya tanah runtuh di Jalan Keningau, Kimanis ke Kota Kinabalu pada 15.09.2025 menjadikan jalan ke Kota Kinabalu, Sabah tidak dapat dilalui. Atas peristiwa kerosakan alam semula jadi ini maka tidak dapat ke mana-mana dalam percutian ini.
Terasa Sunyi Blog, Mungkinkah Ini Petanda Etuza Bakal Menghilang Diradar Medsos Blog Blogspot.
Sunyi saja blog PE, mungkin ramai blogger pergi bercuti di tempat masing-masing bersama keluarga, bila melancong ke tempat menarik dalam Negeri atau dalam Negara, sememangnya ada ruang masa yang sibuk dan kita penat bersiaran, sangat perlunya masa senggang untuk rehat kan badan agar kembali bertenaga dan segar di pelancongan. Atau ramai blogger balik kampung ziarah ibu ayah tercinta. Justru itu blog dipinggirkan sementara, kerana blog bukan hak milik kekal.Kerja realiti dihadapan adalah keutamaan.
Boleh klik SINI Tanah Runtuh Keningau, Kimanis Kota Kinabalu. Klik SINI Tanah Runtuh Di Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah pada 15.09.2025.Dan Klik SINI cerita menarik hari ini di blog Etuza.
Agak sedih juga kerana sebenarnya Etuza ada urusan penting ke Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di area Sambulan.Apakan daya jalan terputus, maka tertangguhlah rancangan hendak bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Di Bawah Bayu.
Meriah Majlis Perkahwinan Di Desa Kosugui dan Desa Penagatan Ulu, Keningau.
Ahad pada 14.09.2025 dua Majlis Perkahwian lagi kami hadirkan diri menyantuni keluarga yang meraikan anak perempuan mereka bernikah dengan lelaki pilihan di hati. Anak perempuan Ustaz Rais & Rapiah di Kampung Kosugui dan anak perempuan Saudara Suadin & Asmawati di Kampunag Penagatan Ulu, Keningau.
Hujan Rahmat Di Hari Majlis Perkahwinan Dua Mempelai.
Nampaknya hujan tidak dapat dielakkan pada hari Ahad lalu, turun hujan renyai tidak henti dari awal pagi hingga ke petang. Hujan semakin meningkat deras sekitar jam 4.00 petang hingga ke maghrib.Apabila hujan semasa majlis perkahwinan apa yang kita dapat buat ialah cuba berteduh di khemah majlis kahwin. Seperti hendak cepat balik ke rumah kerana risau melalui jalan berlumpur.
Di Desa kita tidak dapat mengelak mesti ada kawasan jalan raya belum bertar termasuk jalan menuju ke teratak Etuza. Dua Majlis Perkahwinan ini tetap meriah walaupun hujan renyai berpanjangan, ramai tetamu datang silih berganti, jauh dan dekat tetap hadir di majlis ini.Parking kereta juga sesak dan kelihatan petugas SUKARELAWAN tetap memberi bantuan melayan tetamu berkenderaan memuatkan kereta sebaik ada ruang parking.
Etuza mengucapkan tahniah kepada saudara Suadin dan Ustaz Rais kerana menyambut menantu lelaki dan bertambah ahli dalam keluarga. Kepada dua pasangan semoga bahagia rumahtangga hingga ke Jannah. Aamiin.
Suri hati bersama Puan Naini juga peminat bunga kertas.
Gerbang perkahwinan anak perempuan Ustaz Rais di Kampung Kosugui, Keningau.
Abadikan kenangan kami bersama mempelai dua sajoli, busana pakaian putih berseri.
Keluarga lain yang datang ke majlis perkahwinan anak perempuan Ustaz Rais
Pengantin dah tukar pakaian, Bersama Dato' Haji Ahadin.
Pengantin dua sajoli.Semoga bahagia till Jannnah. Aamiin.
Berada Majlis Perkahwinan anak perempuan Saudara Suadin & Asmawati.
Saudara Oppon dari Kampung Moggitom, Keningau.
Bersama Saudara Suhaimin dan anak lelaki bungsonya.
Juadah di majlis perkahwinan.Makan nasi minyak ..alhamdulillah.
Kuih pinjaram ( kuih tradisional orang Sabah )
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.