expr:class='data:blog.pageType'>

Ucapan TERIMA KASIH Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas.

 
Etuza screen shot gambar Fattah Amin dan Amera semasa live menyatakan hasrat nak bernikah
pada 14.09.2025. Semoga mereka bahagia till Jannah. Aamiin. 

Pagi hari ini, 15.09.2025 ( Isnin ) Kemas kinikan blog lagi dengan kesempatan masa yang Allah kurniakan. Jika bukan kurniaNya mana mungkin dapat kemas kini kan catatan di blog ini.

Dua Perkara Hendak Kongsikan Kesyukuran Ke Hadrat Allah.

01. Ucapan TERIM KASIH Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas & Ucapan Tahniah.

Hendak ucapakan jutaan dan banyak banyak TERIMA KASIH dan SYUKUR alhamdulillah kepada blogger yang sempat menghadiakan doa dan al-Fatihah buat arwah ayah dan ibu Etuza. Jujur saya katakan mengharapkan akan ramai doa dari teman pembaca maya apatah lagi blogger yang biasa dan ramah tamah dalam blog PE ini. Hanya ada beberapa blogger yang menzahirkan keikhasan mereka dan Etuza YAKIN benar doa mereka Allah sampaikan, semoga kubur di alam barzak kedua ibubapa Etuza bercahaya dengan asbab ada hambaNya yang mendoakan selain anaknya ini (Etuza). Kepada blogger ini, TERIMA KASIH sekali lagi.

Terima kasih doa di laman saya tentang arwah ayah ibu ya..hanya dapat kata terima kasih.Alhamdulillah.
Ucapan Terima Kasih Khusus Buatmu:-
Al Fatihah buat allahyarham bapa dan allahyarhamah ibu cikgu Etuza. Semoga tenang roh mereka di sana dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Diari Diela 
Klik SINI bacaan menarik.







Sangat Etuza hargai dan sangat mensyukiri, saham akhirat yang anda lakukan. Semoga pahala ganjaran kembali kepada teman blogger ku ini.

Gambar ini cenderahati di majlis kahwin pada 13.09.2025. Cantik ada tempat tisu dan alat boleh guna zikir subahanallah, alhamdulillah dan Allah Hu Akbar.

02. Ucapan TERIMA KASIH Khusus, Yang Arif Dato' Haji Ahadin ( Ketua Hakim Syariah  Negeri Sabah )

Kesyukuran kepada Allah dan TERIMA KASIH kerana berkesempatan melakukan TAHNIQ kepada cucu Etuza. Dato' ini melumurkan madu, air zam zam ke mulut cucu Etuza dan mengetuai bacaan doa kesyukuran atas kelahiran cucu ini. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran pahala kepada Dato' Haji Ahadin.Alhamdulillah.


Inilah gambar kenangan semasa Dato' Haji Ahadin lakukan Tahniq 
kepada cucu Etuza. Alhamdulillah.

Ucapan Tahniah Semoga Pasangan Muda Ini. Semoga Bahagia Hendaknya.

Etuza, orang biasa yang hanya ada sekeping hati yang Allah anugerahkan. Dalam hati ada keikhlasan dan ada kasih sayang dan menghargai apa-apa saja rezeki yang diberi olehNya. Mensyukuri apa juga nikmat. Sesungguhnya orang Islam diminta untuk sentiasa bersyukur pada apa juga bentuk nikmat yang kecil besar yang Allah berikan. Kita dapat mengurus blog ini juga tanda Allah sayang kita dan harus kita bersyukur. Ya, kerana kita kan menggunakan masa mengurus blog, maka kita bukan membuat maksiat membuang masa di blog. Ada manfaatnya kepada pembaca maya.

Di media sosial pemuda ini terkenal viral sepanjang tahun 2024 dan 2025, sering terpampang wajahnya dengan tenang hadapi apa juga cerita dan gosip. Etuza agak dan yakin hidup Fattah Amin Allah jaga dia kerana keimanan keteguhan iman yang ada dalam hati Fattah Amin. Kerana itu Etuza sebagai manusia biasa ingin mengucapkan, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Fattah Amin dan Amira. Majlis perkahwinan mereka berlangsung pada 14.09.2025. Tahniah diucapkan.

Kini Fattah Amin dengan hebatnya telah bergelar SUAMI kepada SURI HATInya bernama Amira Othman. Etuza dan seluruh peminat Fattah Ammin MENGUCPKAN TAHNIAH kepada pasangan muda tampan jelita ini. Selamat pengantin baru dan semoga bahagia till JANNAH. Aamiin ya rabbal alamin.

Sarapan pagi pada 14/09/2025. Air tangan suri hati.Terima kasih sediakan sarapan ini. Bubur ayam pegaga.


Catat Ulasan

0 Ulasan