Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025

Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025  Malaysia Madani Rakyat Disantuni. 

Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempena Bulan Kebangsaan setiap tahun. Tidak terkecuali juga setiap sekolah akan turut memeriahkan Bulan Kebangsaan ini dengan pelbagai program atau aktiviti yang antara lain mencungkil bakat murid dan menyatukan suku bangsa dan etnik masyarakat murid melalui aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Dan tema Bulan Kebangsaan tahun ini ialah " MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI"

Terbaru Etuza terlibat membincangkan pengisian aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan berlangsung yang telah dilancarkan pada minggu pertama bulan Ogos tahun 2025. Bersama membincangkan program ini ialah Cikgu Piah Anak Langit yang merupakan salah seorang guru Sejarah di sekolah tempat Etuza bertugas. Cikgu inilah yang banyak memberikan buah fikiran idea yang bernas hingga ke kemuncak Program Bulan Kebangsaan ini nanti. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Piah Anak Langit ( Guru berasal dari Sarawak, bertugas di Daerah Keningau, Sabah ).

Aktiviti Melibatkan Semua Panitia Mata Pelajaran.

Melalui perbincangan kami bersama semua staf guru, diputuskan semua Panitia Mata Pelajaran masing - masing menganjurkan program atau aktiviti sendiri. Semua aktiviti akan diselaraskan perlaksanaan melalui satu Jadual Khas sepanjang Bulan Kebangsaan ini yang akan disediakan oleh Cikgu Piah dan kertas kerja program  disediakan oleh Etuza sendiri. Mensasarkan semua murid tahap 1 dan tahap 2, PraSekolah serta warga guru dan komuniti ibubapa.Antara program yang telah dijalankan setakat ini  ialah :-

1. Pertandingan membaca teks KadazanDusun oleh Panitia BKD
2. Pertandingan tulisan khat oleh Panitia Agama Islam.
3. Pertandingan Word Search Oleh Pantia Bahasa Inggeris
4. Pertandingan teka Silang kata dan Mewarna Poster oleh Panitia Moral.
5. Pertandingan Tulisan Cantik oleh Panitia Bahasa Melayu.
6. Program 1 Murid 1 Bendera  oleh Panitia Sejarah.
7. Pertandingan Buku Skrap Bertema Tokoh Kemerdekaan oleh Panitia Sejarah. 

Dan bakal diadakan Pertandingan Lagu Patriotik Solo dan Kumpulan secara kelas pada minggu hadapan. Terasa kini semarak kemerdekaan atau Semarak Kebangsaan kian terasa, apatah lagi dengan pemasangan bendera jalur Gemilang dan Bendera Sabah yang megah berkibar ditiup angin di seluruh persekitaran sekolah atau di tempat lain.

Ayuh kita semarakkkan lagi semangat kemerdekaan ini dengan memperbanyakkan pemasangan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri serta aktiviti yang menjalin kerjasama san semangat kebangsaan. Tidak lupa kita syukuri nikmat kebebasan di negara kita Malaysia yang Meredeka dan mentadbir kerajaan sendiri. Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!!.
Mempengerusikan mesyuarat Program Bulan Kebangsaan 2025 minggu lalu.

Retro murid sekolah seempena Program Bulan Kebangsaan 2024

Mulai pemasangan Bendera Sabah dan Jalur Gemilang

Cg. Piah ni tinggi ya..dia orang yang sangat bersemangat 
tiap kali Program Bulan Kebangsaan. Sedondon 
memakai baju biru..

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Banyak program menarik yang disusun oleh sekolah2 utk murid2. Sekolah anak sy ada pertandingan permainan traditional smlm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bulan kemerdekaan sekolah membuat banyak aktiviti..tujuan penerapan nilai cintakan tanah air yang kini kita nikmati kebebasan hidup yang bermakna

      Padam
  2. seronoknya bulan paling bermakna dan meriah buat semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ..memperingati Sejarah lalu..mengenali tokoh kemerdekaan dan menghayati hidup aman dan damai dari penjajahan kuasa asing

      Padam
  3. Selamat menyambut bulan kemerdekaan... Cukup meriah sekolah yang menyambutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kemnerdekaan wak..teruskan berblog ya..terima kasih datang singah di blog Etuza

      Padam
  4. Selamat menyambut bulan kemerdekaan... Cukup meriah sekolah yang menyambutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemerdekaan itu juga bermakna merdeka dari amalan kejahatan..kita garap nilai murni, berkasih sayang walau apa cara sesama manusia..Mensyukuri nikmat hidup yang aman dan damai ya wak

      Padam
  5. Bila masuk bulan kemerdekaan pasti akan ada banyak program dan aktiviti yg diadakan..
    murid murid akan rasa meriah dan seronok nak ke sekolah.. kdg2 mak ayah pun terlibat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul..ibubapa terlibat juga buat persembahan di pentas..

      Padam
  6. jutaan terima kasih utk semua tenaga pengajar seluruh msia kerana mendidik anak bangsa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.