Koci & Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini.


Apa di makan sarapan pagi hari ini?

Sabtu, sarapan pagi kami adalah kuih kacang hitam ,koci dan mee goreng halus. Nampak gigihnya anak perempuan membuat kuih kacang hitam yang terkenal di gelar di daerah Etuza sebagai kuih sampiang, kerana di lumur atau dicampurkan dengan ragi atau muripan untuk menjadikan kuih kacang hitam menjadi doh yang kembang sebelum di tarik untuk membentuk bulat lepar serta dimasukkan sedikit kacang hitam.

Etuza memerhati sahaja anak Etuza yang sarat mengandung anaknya yang pertama. Semoga dia melahir dengan sihat dan baby dia sihat walfiat.Aamiin. Rajin anak ni buat, gigih dan sempurna pula tu dia buat. Secukup rasa. lalu Etuza ambil gambar dan hari ini ke uadara maya, perkongsian ikhlas sarapan pagi kami sekeluarga dengan menjamah mee goreng halus serta kuih ini. Air minum adalah kopi biasa sahaja dan tidak mengambil gula. Maaf resipi kuih ini Etuza tidak bertanyakan kepada anak, inshaAllah ada masa Etuza tanyakan ya. 

Selamat beristirehat di hari Sabtu minggu ini. Lakukan perkara yang anda rancang bersama keluarga, semoga bahagia semua, hidup ini harus dirasa bahagia, buang segala yang membuat hati sedih dan boring. InshaAllah anda pasti boleh.

Kuih Koci ( Nasi Pulut -Kukus kan atau Stimkan )

Kuih koci juga sangat enak, tanak nasi pulut bungkus dengan daun pisang, di tanak atau stimkan sehingga nasi pulut kembang dan masak. Lalu diambil setiap satu koci nasi pulut letakkan sedikit kelapa parut yang digoreng bersama gula melaka, bungkus semula degan rapi dan sejukkan. Ha jadilah kuih koci yang sangat enak di makan bersama kopi semasa sarapan pagi.

Doh setelah di tarik tarik dengan sukatan yang sama setelah diperap 30 minit.

Tunggu di masukkan ke dalam minyak panas dalam periuk..wangi setelah masak..

Ini dia kuih sampiang kacang hitam anak buat pagi ini..sedap..sedap kerana makanan free 
di rumah Sabtu ini..





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Sedapnya kuih koci n sampiang di sini kuih koci dipanggil pulut inti

    BalasPadam
  2. Sedapnya kuih koci. Cie suka inti kacang merah.

    BalasPadam
  3. Sedapnya, buat kuih sendiri je. Puas makan. 😋

    BalasPadam
  4. Kuih sampiang baru pertama kali dengar....mesti sedap dan menyelerakan

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Dapat menikmati sarapan bersama keluarga. Kuihnya pun sedap-sedap belaka.

    BalasPadam
  6. first time dengar nama kuih sampiang. nampak sedap utk dicuba. rajinnya buat kuih sendiri

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.