Jumpa Gerai Makan Pamilaan Tenom, Sabah.


Gambar jambangan indah bunga orkid di Taman Pertanian Lagud 
Seberang Tenom, Sabah.

Hanya Jumpa Gerai Kopi & Gerai Makan Pamilaan, Tenom, Sabah

Bertemu kembali di wall blog Pesona Etuza. 25.08.2024 adalah tarikh Etuza, kakak Aminah,  adik Leha dan adik Zainab serta Suri Hati dan anak bongsu pergi ke Pamilaan, Tenom niat hendak berjumpa atau ingin ketemu sepupu yang merupakan pemilik Gerai Kopi & Gerai Makan Pamilaan tepi jalanraya di Pamilaan Tenom. 

Awal pagi pada pagi hari itu kami empat adik beradik serta keluarga nekad hendak berjumpa dengan  sepupu bernama Jamri Bin Hasim. Informasi yang kami tahu  sepupu ini merupakan anak buah arwah bapa kami dari susur galur moyang kami Bandaran. Moyang kami sebelah arwah bapa adalah Moyang Bandual. Dalam perjalanan ke Pamilaan dari Keningau Etuza mendapat whatssup sepupu Jamri berada di Bandar Keningau hendak membeli ikan tilapia ( ikan air tawar) dari kawan. Waduh, rupanya kami berselisih di jalan raya Tenom. Dan hari itu dia tidak buka Gerai Makan dia di Pamilaan, Tenom. Oleh kerana hampir sampai kami teruskan niat dan sampailah di Gerai Makan milik  sepupu bernama Jamri Bin Hasim. Kami hanya mengambil gambar sebagai bukti kesungguhan kami dan pergi tumpang tandas di luar gerai ini.

Gambar Menjadi Kenangan Kami, Sayang Jika Tidak Dimanfaatkan Dalam Blog.

Sepupu dalam whatssup memohon maaf atas apa yang berlaku dan meminta kami datang lagi suatu masa. Kami akur dan meneruskan perjalanan hingga ke Stesen Keretapi Pangi Tenom dan ke Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom. Hebat juga perjalanan kami hingga banyak gambar menjadi kenangan yang indah. Melihat dalam Google Photo rupanya gambar itu masih tersimpan, dan Etuza tertarik hendak update kan blog dengan paparan JUMPA GERAI MAKAN PAMILAAN TENOM, SABAH. Baiklah sila heret tetikus anda ke bawah untuk melihat gambar kenangan kami. Semoga gembira membaca catatan ini. Terima kasih, jumpa lagi.

Kakak sulung Etuza di Taman Pertanian Tenom

Suri hati dan anak bongsu 

Family adik Leha.Suami orang Selangor 

Gambar kenangan kami di Pamilaan Tenom, Sabah

Gambar depan gerai Makan Pamilaan milik  sepupu Jamri Bin Hasim, tapi tak jumpa dia


Gerai Makan Pamilaan pandangan luar. masa ini tutup lah pula

Lagi gambar kenangan kami..Etuza mendukung cucu Qoid Danish anak adik Leha



Suri hati dan kakak


Di Stesen Keretapi Pangi Tenom

Inilah  sepupu Etuza Jamri Bin Hasim

Warna keemasan bunga ini..cantik


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Alhamdulillah, rezeki dapat jumpa juga sepupu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, jumpa juga sepupu ni dalam satu majlis keluarga

      Padam
  2. seronok dapat berjumpa ahli keluarga.

    BalasPadam
  3. cantiknya bunga orkid tu.. jarang nampak yang rimbun macam ni di semenanjung..

    BalasPadam
  4. Semoga ada rezeki berjumpa di lain kali dgn sepupunya tu Cg...
    Cantik bunga2 yang dipotretkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..pasti kami ke gerai ini..bagi suppurt bisnes sepupu

      Padam
  5. cantiknya gmbr2 bunga tu! orchid tu fav my mom

    BalasPadam
  6. geram tengok orkid yang banyak berbunga...seronok dapat berkumpul seisi keluarga ❤❤

    BalasPadam
  7. moga silaturrahim yang terjalin membawa ke syurga Ilahi.. teringin nak ke Tenom..insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah semoga niat terkabul ya ustaz..hubungi saya jika nak ke Keningau Sabah

      Padam
  8. Alamak, selisih tengah jalan pula, ye. Panjang umur, ada rezeki, boleh jumpa lagi, Insya-Allah.
    Seronok dapat pergi Taman Pertanian, melihat pokok dan bunga-bunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kami berselisih di jalanraya..so tak dapat jumpa dia

      Padam
  9. singgah ptg..syoknya jalan2..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat lah jalan-jalan bersama kakak, adik,anak dan isteri..meriah juga makan bersama juga

      Padam
  10. Walaupun tak jumpa pemilik gerai, dapat bergambar depan gerainya pun jadilah ya Tuan Etuza. Tak apa lain kali boleh berkunjung lagi kesana. Yang menarik pandangan saya tu adalah bunga-bunganya yang cantik dan indah dipandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, inshaAllah pasti akan ke Gerai dia ni bagi support

      Padam
  11. Balasan
    1. Sangat menyerikan..jika tak ada bunga gersang..

      Padam
  12. Hati berbunga2 bila bergambar dengan bunga..!

    BalasPadam
  13. Aiiih sayaaang tak bisa ketemu ya bang... Next semoga dapat jumpa.

    Saya berharap tahun depan plan saya nak jelajah Sabah Sarawak labuan menjadi laaah.

    Teringin sangat kesana. Apalagi ada penerbangan langsung dari Pontianak. Soalnya kota2 di Kalimantan saya belum datangin semua 😅. Satu2nya tempat yg saya pernah visit di pulau Kalimantan itu hanya Negara Brunei Darussalam.

    Dah niat kalo ke sana Sarawak THN depan, memang nak mampir pontianak dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firstly, nak ucap welcome in Sabah..semoga impian terlaksana ya F N..terima kasih singgah di blog Etuza

      Padam
  14. Cantiknya bunga di Taman Pertanian Tenom tu. Alhamdulillah sampai juga di kedai makan sepupunya walaupun tidak berkesempatan berjumpa. Tapi masih happy dapat jalan-jalan kan cikgu

    BalasPadam
  15. cantiknya bunga orkid di taman tu. ibu2 mesti suka

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.