Gambar jambangan indah bunga orkid di Taman Pertanian Lagud 
Seberang Tenom, Sabah.
Bertemu kembali di wall blog Pesona Etuza. 25.08.2024 adalah tarikh Etuza, kakak Aminah,  adik Leha dan adik Zainab serta Suri Hati dan anak bongsu pergi ke Pamilaan, Tenom niat hendak berjumpa atau ingin ketemu sepupu yang merupakan pemilik Gerai Kopi & Gerai Makan Pamilaan tepi jalanraya di Pamilaan Tenom. 
Awal pagi pada pagi hari itu kami empat adik beradik serta keluarga nekad hendak berjumpa dengan  sepupu bernama Jamri Bin Hasim. Informasi yang kami tahu  sepupu ini merupakan anak buah arwah bapa kami dari susur galur moyang kami Bandaran. Moyang kami sebelah arwah bapa adalah Moyang Bandual. Dalam perjalanan ke Pamilaan dari Keningau Etuza mendapat whatssup sepupu Jamri berada di Bandar Keningau hendak membeli ikan tilapia ( ikan air tawar) dari kawan. Waduh, rupanya kami berselisih di jalan raya Tenom. Dan hari itu dia tidak buka Gerai Makan dia di Pamilaan, Tenom. Oleh kerana hampir sampai kami teruskan niat dan sampailah di Gerai Makan milik  sepupu bernama Jamri Bin Hasim. Kami hanya mengambil gambar sebagai bukti kesungguhan kami dan pergi tumpang tandas di luar gerai ini.
Gambar Menjadi Kenangan Kami, Sayang Jika Tidak Dimanfaatkan Dalam Blog.
Sepupu dalam whatssup memohon maaf atas apa yang berlaku dan meminta kami datang lagi suatu masa. Kami akur dan meneruskan perjalanan hingga ke Stesen Keretapi Pangi Tenom dan ke Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom. Hebat juga perjalanan kami hingga banyak gambar menjadi kenangan yang indah. Melihat dalam Google Photo rupanya gambar itu masih tersimpan, dan Etuza tertarik hendak update kan blog dengan paparan JUMPA GERAI MAKAN PAMILAAN TENOM, SABAH. Baiklah sila heret tetikus anda ke bawah untuk melihat gambar kenangan kami. Semoga gembira membaca catatan ini. Terima kasih, jumpa lagi.
Kakak sulung Etuza di Taman Pertanian Tenom
Suri hati dan anak bongsu 
Family adik Leha.Suami orang Selangor 
Gambar kenangan kami di Pamilaan Tenom, Sabah
Gambar depan gerai Makan Pamilaan milik  sepupu Jamri Bin Hasim, tapi tak jumpa dia
Gerai Makan Pamilaan pandangan luar. masa ini tutup lah pula
Lagi gambar kenangan kami..Etuza mendukung cucu Qoid Danish anak adik Leha
Suri hati dan kakak
Di Stesen Keretapi Pangi Tenom
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.png) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

28 Ulasan
Alhamdulillah, rezeki dapat jumpa juga sepupu..
BalasPadamAlhamdulillah, jumpa juga sepupu ni dalam satu majlis keluarga
Padamseronok dapat berjumpa ahli keluarga.
BalasPadamBetul seronok sekali..terima kasih ya
Padamcantiknya bunga orkid tu.. jarang nampak yang rimbun macam ni di semenanjung..
BalasPadamCantik kan..
PadamSemoga ada rezeki berjumpa di lain kali dgn sepupunya tu Cg...
BalasPadamCantik bunga2 yang dipotretkan
InshaAllah..pasti kami ke gerai ini..bagi suppurt bisnes sepupu
Padamcantiknya gmbr2 bunga tu! orchid tu fav my mom
BalasPadamOrkid ni antara bunga yang rere..
Padamgeram tengok orkid yang banyak berbunga...seronok dapat berkumpul seisi keluarga ❤❤
BalasPadammemang cantik kan..subahanallah
Padammoga silaturrahim yang terjalin membawa ke syurga Ilahi.. teringin nak ke Tenom..insyaAllah
BalasPadamInshaAllah semoga niat terkabul ya ustaz..hubungi saya jika nak ke Keningau Sabah
PadamAlamak, selisih tengah jalan pula, ye. Panjang umur, ada rezeki, boleh jumpa lagi, Insya-Allah.
BalasPadamSeronok dapat pergi Taman Pertanian, melihat pokok dan bunga-bunga.
betul kami berselisih di jalanraya..so tak dapat jumpa dia
Padamsinggah ptg..syoknya jalan2..:)
BalasPadamDapat lah jalan-jalan bersama kakak, adik,anak dan isteri..meriah juga makan bersama juga
PadamWalaupun tak jumpa pemilik gerai, dapat bergambar depan gerainya pun jadilah ya Tuan Etuza. Tak apa lain kali boleh berkunjung lagi kesana. Yang menarik pandangan saya tu adalah bunga-bunganya yang cantik dan indah dipandang.
BalasPadamBetul, inshaAllah pasti akan ke Gerai dia ni bagi support
Padamcantik okid penyeri taman
BalasPadamSangat menyerikan..jika tak ada bunga gersang..
PadamHati berbunga2 bila bergambar dengan bunga..!
BalasPadamhahaha macamdapat rasa ja kan wak
PadamAiiih sayaaang tak bisa ketemu ya bang... Next semoga dapat jumpa.
BalasPadamSaya berharap tahun depan plan saya nak jelajah Sabah Sarawak labuan menjadi laaah.
Teringin sangat kesana. Apalagi ada penerbangan langsung dari Pontianak. Soalnya kota2 di Kalimantan saya belum datangin semua 😅. Satu2nya tempat yg saya pernah visit di pulau Kalimantan itu hanya Negara Brunei Darussalam.
Dah niat kalo ke sana Sarawak THN depan, memang nak mampir pontianak dulu
Firstly, nak ucap welcome in Sabah..semoga impian terlaksana ya F N..terima kasih singgah di blog Etuza
PadamCantiknya bunga di Taman Pertanian Tenom tu. Alhamdulillah sampai juga di kedai makan sepupunya walaupun tidak berkesempatan berjumpa. Tapi masih happy dapat jalan-jalan kan cikgu
BalasPadamcantiknya bunga orkid di taman tu. ibu2 mesti suka
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.