Rabu, 27.08.2025, bersiaran di laman blog awal pagi hari ini. Gais! hendak kongsikan apa hari ini ? Pasti ramai bloggers Malaysia yang aktif sedang berfikir apakan entry hari ini dan seterusnya.
Hadapi Masalah Minyak Rambut
Minggu ini, Etuza menghadapi masalah kehabisan stok  minyak rambut di rumah. Rambut lelaki ini jika tiada minyak, akan terurai dan merosakkan kekemasan muka berusia ini. Bertambah tidak kemas kelihatan apabila rambut terurai kerana tidak memakai minyak rambut. Dalam dua hari minggu ini Etuza kurang menggunakan minyak rambut. 
Minyak rambut yang Etuza gunakan adalah minyak rambut old model, maklumlah dah biasa sangat dengan brand ini iaitu brand AL seperti dalam gambar yang di kongsikan. Minyak rambut AL ini sejak remaja Etuza pakai hingga diusia kini. Beli di kedai lama di Bandar Keningau, tidak pernah kehabisan stok dan cara Etuza beli ialah beli dalam sekotak 12 biji minyak rambut AL . Etuza beli pukal banyak kerana pernah berlaku kehabisan minyak AL ini di Keningau. 
Masalah Kehabisan Stok Minyak Rambut AL Di Keningau.
Sekali lagi berlaku kehabisan stok dijual di Keningau, minggu ini sudah banyak kedai lama Etuza masuk hendak bertanya kan minyak rambut AL ini. Semua mengatakan habis dan tidak ada bekalan lagi. Sedih sekali kerana minyak rambut ini memang murah  dalam bekas yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, dan jenis minyak yang serasi dengan rambut Etuza. Wangi tak menyengat sangat. Minyak rambut lain Etuza rasa mual bila terhidu. Apa saja minyak rambut lain Etuza tidak pernah memakai melainkan minyak rambut AL ini. So, kepada yang membaca mohon jangan kecam Etuza kerana hanya memakai brand murah minyak rambut AL  ini.
Shopee Di Minda Etuza.
Suri hati pun memberikan nasihat, guna saja minyak rambut lain, tunggu stok di kedai lama tu ada jual semula brand AL, katanya. Masalahnya tuan punya kedai mengatakan tidak ada pemborong lagi yang datang membawa minyak rambut AL. Dan sudah lama tidak ada. Etuza rasa sedih sekali lagi.  Suatu hari Etuza masuk kedai gunting rambut, rambut mencecah telinga dan nampak lagi serabut wajah ini. 
Sambil Mustakim ( nama tuan kedai rambut ) menggunting rambut, Etuza ambil peluang bercerita tetntang minyak rambut Al yang digemari sejak remaja. Mustakim ini sebenarnya bekas murid Etuza dahulu, kini dah berusia 20an dan memiliki kedai gunting yang agak terkenal di Bandar Keningau. Kedai gunting lama tetapi baru diusahakan oleh Mustakim sebaik owner lama meninggalkan kedai gunting ini.
Mustakim memberikan cadangannya " Cubalah beli di Shopee" Kenapa lah Etuza tidak terfikir hendak beli saja di Shopee?. Mujur Mustaqim memberitahu Etuza. Bijak juga Mustakim, memberikan rasa gembira kepada bekas gurunya ini. Lalu semalam Etuza klik Google Search melihat jika ada dijual brand minyak rambut AL. Sekali klik sahaja jumpa gambar minyak rambut Al teratas dalam carian di Google. Alhamdulillah rupanya ada di jual di Shopee minyak rambut AL. Oleh yang demikian selesailah masalah Etuza tentang minyak rambut AL ini.
Pengalaman Etuza Memakai Minyak Rambut AL
Selain murah, minyak rambut AL mudah di bawa ketika pergi ke mana-mana seperti ke Kota Kinabalu dan tempat lain. Tidak terlalu wangi, aroma yang tak membuat Etuza mual. Minyak rambut yang sesuai dengan rambut Etuza kerana tidak meninggalkan kelemumur pada kepala. Sangat senang untuk rambut lurus seperti rambut Etuza. Dan paling baik apabila rambut ditiup angin atau kipas angin rambut tidak akan kusut terurai. Rambut seolah melakat antara satu sama lain, tetapi minyak rambut ini bukan keras kan rambut seperti gel. Sebab itu Etuza sangat menyukai minyak rambut ini.
Minyak Rambut Pomade Barand Baru 
Semasa mecari minyak rambut Al di kedai kedai lama di Bandar Keningau, Etuza nampak ada minyak rambut seakan botol plastik brand AL. Etuza mengambil dan membelinya setelah menghidu aromanya. Wangi minyak rambut tidak berapa Etuza senangi, tetapi terpaksa membeli kerana memang tidak ada minyak rambut. Rupanya minyak rambut ini setelah Etuza amati brand Pomade, rambut menggunakan minyak ini agak keras sedikit tetapi masih tidak meninggalkan kesan kelemumur atau debu pada rambut, tidak seperti minyak Gel rambut yang jika kering akan meninggalkan kesan putih pada rambut. Maka untuk sementara Etuza gunakan minyak rambut Pomade ini. Terima kasih membaca catatan Etuza hari ini, seusai solat subuh. Alhamdulillah. Lihat gaya rambut lelaki KIK SINI.
Gambar sekadar hiasan blog.Terima kasih.
Gambar pada 26.08.2025 di Citra De'lights. 
Menggunakan minyak rambut Pomade brand baru Etuza pakai.

8 Ulasan
Senang beli pukal macam tu boleh simpan lama kalau banyak penggunaan.
BalasPadambetul cikgu, orang lelaki kalau tak pakai minyak rambut rasa semacam je., saya selalu guna minyak zaitun, tapi jika kehabisan stok saya beli minyak rambut zam zam, jenama lama tu.. masa pi India itu hari ada beli minyak rambut kat sana, tapi baunya menyengat betul. india ni kebanyakan minyak rambutnya daripada herba-herba..
BalasPadamAnak² bujang Linda yang masih kemas berminyak rambut..si bongsu, sebab masih ayahnya yang meladeni..kalau abang² nya, jenuh kita berbuih mulut..alasan nya, nanti tangan berminyak..
BalasPadamHensem la etuza.. pokcik dah jarang guna minyak rambut sekarang, bila rambut dah makin jarang
BalasPadamsegak Etuza naa. Suami kak ana tak pakai lama dah minyak rambut, syampu semua sebab dah tak de rambut hehe :)
BalasPadamtambah kacak rambut kemas berminyak
BalasPadamcik abang banyak kali juga tukar minyak rambut.. tapi beberapa tahun kebelakangan ni nampaknya dia setia dengan jenama Bad Lab.. senang nak cari di Watson..
BalasPadamasalkan serasi dan happy! suami saya masih setia dgn brycreem ajer
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.