Kad Jemputan Digital Perkahwinan Putera Datuk Hj.Ahadin Bin Hj. Arinin
Jemputan Kahwin Di Dewan Sa'adah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Hari ini, ahad bersamaan 10 Ogos 2025 kami seawal pagi bergerak ke Kota Kinabalu untuk menyantuni jemputan perkahwinan anak saudara. Kami bergerak dari Jam 8.30 pagi dan sampai di Kota Kinabalu di dataran Masjid Negeri pada jam 10.00 pagi. Tetapi kami singgah di restoran De' Rasa Bonda Bistro di bangunan Souq El- Madinah, Kota Kinabalu untuk membasahkan tekak serta menunggu ketibaan dua orang anak dari Tuaran.
Nampaknya kami kena menunggu agak lama kerana mereka baru sahaja bergerak.
Selepas Zohor dua anak telah tiba dan kami langsung naik ke Dewan Sa'adah Wisma MUIS di tingakt 2. Sampai di dalam dewan kami sudah tidak berpeluang duduk di kerusi yang ada meja bulat. Kami terus ke meja juadah dan mengambil tempat duduk di atas agar selesa menjamah makanan dan minuman.
Diucapkan selamat pengantin baru kepada dua sajoli dan semoga bahagia hingga ke Janah. Terima kasih jemputan dan juadah yang lazat dan juga hadiah buah tangan balik ke Keningau. Selain kad penanda buku memaparkan gambar kami sekeluarga.
Pengantin Lelaki Anak Kepada Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah.
Pengantin lelaki anak sepupu Etuza merupakan anak kepada Ketua Hakim Mahkamah Syarie Negeri Sabah iaitu Yang Amat Arif Datuk Hj. Ahadin bin Hj Arinen. Boleh Klik SINI paparan perlantikan. Ramai nama kenamaan datang, menteri dan pemimpin kerajaan menyerikan majlis ini yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Tahniah kepada Dtuk Hj.Ahadin dan Datin iterinya kerana mendapat menantu.
Etuza sempat berbual dengan saudara lain dari kampung seperti saudara Jalipin, Sahimat dari Sook, Keningau Sabah, Jalim, Hastonoh, Hasipin, Rapini, Painah, Hasni, dan bersemuka dengan Hajah Sutenih, Sapin Musahi, Haji Kamilin, Juru Nika Daerah Keningau juga Imam Masjid Taqwa Keningau Ustaz Kifly dan rombongan lain serta Azizul dari Ranau, Sabah. Kenangan hadir menyantuni Majlis Perkahwinan Adib dan Nur Safiah amat saya syukuri dan berterima kasih atas jemputan ini.
Persembahan Nyasid menghibur tetamu yang hadir, baju biru merupakan keluarga
Datuk Hj.Ahadin jauh dan dekat
Abadikan kenangan bersama Pengantin
Kenangan kami di majlis perkahwinan Adib & Nur Safiah
Penuh tempat duduk di ruangan Dewan Sa'adah, so kami naik ke atas sambil mendengar
persembahan nasyid
Ole-oleh dari majlis berseri ini..gambar penanda buku, terus print dan carry
Masih menikmati juadah yang lazat..makan kuih muih juga ada..
Sini ruang Momento PhotoBooth, kamera berpusing dan gambar kami kelihatan bergerak..Best
Bagi dulu tiga orang ni..Momento Photo Booth..
Ramai tetamu ambil kesempatan mengambil gambar, print dan carry
Turun tangga guna escalator..di Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Di hadapan pintu masuk Dewan Sa'adah, sesak juga, dan di dalam penuh..
tetamu menikmati makanan kebetulan tengahari..Pengantin kini sedang potong kek

15 Ulasan
Tahniah buat pengantin
BalasPadamSemoga dua sajoli ni bahagia hingga ke Jannah.Aamiin
PadamSelamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.
BalasPadamCantik dewan ni...
Dewan ni tempat pertandingan tilawah al quran tiap tahun sinilah tempatnya..
Padamseronok gi kenduri, dapat bertemu sanak-saudara, disamping menjamu selera...kamera pusing2 tu mesti meriah..ramai yg mau bergambar..
BalasPadamRamai tak nak lepaskan peluang, Etuza ok ja..anak-anak bawa ..layan ja anak-anak ni
Padam. "Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair". tahniah semua
BalasPadamAamiin..terima kasih ustaz
PadamSelamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai. Bukan orang sembarangan ya, mesti ramai VIP dalam jemputannya ni. Rasanya penulis blog ni pun bukan orang sembarangan juga. Semoga terus berkongsi ya.
BalasPadamAllah hu akbar, saya orang biasa saja Ustaz..sepupu berjawatan tinggi di Sabah..tumpang rezeki dia ja..blog saya biasa saja ..rojak..apa di fikiran letak di blog..terima kasih menceriakan blog ni ya
PadamAlhamdulillah.. Semoga keduanya sentiasa diberkati Allah.. Aamiin..
BalasPadamInshaAllah aamiin
PadamSelamat menempuh gerbang hidup baru buat kedua-dua mempelai.
BalasPadamSemoga berkekalan bahagia dunia buat kedua mempelai.
BalasPadamselamat pengantin baru utk psgn mempelai, sama cantik sama padan tu
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.