Dewan Sa'adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Termeterai Cinta Dua Sajoli.

 
Kad Jemputan Digital Perkahwinan Putera Datuk Hj.Ahadin Bin Hj. Arinin

Masjid Negeri di Kota Kinabalu, Sabah

Jemputan Kahwin Di Dewan Sa'adah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

Hari ini, ahad bersamaan 10 Ogos 2025 kami seawal pagi bergerak ke Kota Kinabalu untuk menyantuni jemputan perkahwinan anak saudara. Kami bergerak dari Jam 8.30 pagi dan sampai di Kota Kinabalu di dataran Masjid Negeri pada jam 10.00 pagi. Tetapi kami singgah di restoran De' Rasa Bonda Bistro di bangunan Souq El- Madinah, Kota Kinabalu untuk membasahkan tekak serta menunggu ketibaan dua orang anak dari Tuaran.

Nampaknya kami kena menunggu agak lama kerana mereka baru sahaja bergerak.
Selepas Zohor dua anak telah tiba dan kami langsung naik ke Dewan Sa'adah Wisma MUIS di tingakt 2. Sampai di dalam dewan kami sudah tidak berpeluang duduk di kerusi yang ada meja bulat. Kami terus ke meja juadah dan mengambil tempat duduk di atas agar selesa menjamah makanan dan minuman.

Diucapkan selamat pengantin baru kepada dua sajoli dan semoga bahagia hingg ke Janah. Terima kasih jemputan dan juadah yang lazat dan juga hadiah buah tangan balik ke Keningau. Selain kad penanda buku memaparkan gambar kami sekeluarga.

Kami di sini menunggu ketibaan anak dari Turan, Sabah

De' Rasa Bonda Bistro
Persembahan Nyasid menghibur tetamu yang hadir, baju biru merupakan keluarga 
Datuk Hj.Ahadin jauh dan dekat

Abadikan kenangan bersama Pengantin 

Kenangan kami di majlis perkahwinan Adib & Nur Safiah

Penuh tempat duduk di ruangan Dewan Sa'adah, so kami naik ke atas sambil mendengar 
persembahan nasyid

Ole-oleh dari majlis berseri ini..gambar penanda buku, terus print dan carry

Masih menikmati juadah yang lazat..makan kuih muih juga ada..

Sini ruang Momento PhotoBooth, kamera berpusing dan gambar kami kelihatan bergerak..Best

Bagi dulu tiga orang ni..Momento Photo Booth..

Ramai tetamu ambil kesempatan mengambil gambar, print dan carry

Turun tangga guna escalator..di Wisma MUIS, Kota Kinabalu 


Di hadapan pintu masuk Dewan Sa'adah, sesak juga, dan di dalam penuh..
tetamu menikmati makanan kebetulan tengahari..Pengantin kini sedang potong kek


Catat Ulasan

0 Ulasan