Asalamualaikum telah dipasang dalam blog template Pesona Etuza. Tulisan jawi putih bercahaya dan tulisan rumi Melayu warna oren yang menarik. Harap maklum.



Borneo Beach & Mangrove Resort Tuaran, Sabah
Tercipta banyak kenangan ketika berada di Borneo Beach ini.Kenangan yang manis untuk dikenang. Menikmati penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan berbagai kemudahan dalam hotel penginapan memudahkan kami mengurus diri selama  dua hari di resort ini.

Pastilah teruja menikmati percutian hujung minggu bersama anak-anak, anak menantu dan cucu yang disayangi. Kami merupakan orang kampung yang hanya sesekali keluar ke kota besar dan mewah seperti di Kota Kinabalu apabila ada urusan yang penting. Percutian yang melakar sejarah kepada kami semua ini di Borneo Beach & Mangrove Resort telah dirancang sejak sebulan oleh anak sulung Etuza. Segala kos pakej percutian ini telah di bereskan nya. Alhamdulillah, syukur atas kesempatan ini. 

Dalaman Hotel Mangrove Resort, Cuma Tidak Berfungsi Wifi.

Setelah dapat kunci bernombor 067, melihat depan motel atau hotel penginapan yang berkonsepkan kayu keras, Etuza sudah meramal dalam motel ini telah dilengkapi dengan berbagai kemudahan disamping saliran air paip yang tak putus dan tidak kering.

Hawa pendingin yang menyegarkan dalam bilik membuat Etuza terlena hingga jam lima pagi. Seperti biasa menunaikan solat subuh, dan seusai solat subuh Etuza santai di blong masa itu  tanpa diganggu oleh sesiapa, kerana anak-amnak amat memahami minat dan mood ayah mereka masa ini. Apapun blog bukanlah hak milik kekal.

Pencahayaan lampu juga menarik, apabila lampu pada cermin dan lampu yang lain di masukkan dalam buluh bambu yang diukir. Adanya kemudahan lain seperti seterika, pengering rambut, tempat mandi dan meja kerusi yang cantik melengkapi keperluan dalam bilik tempat tinggal. Cuma Etuza agak kesal apabila talian seperti WIFI tidak berfungsi menyebabkan kami tidak dapat membuat tontonan pada televisyen yang disediakan dalam bilik. Bukan lah benda ini merugikan kami tetapi terasa kurang memberi keceriaan kepada family Etuza.Baiklah anda yang berada di laman ini bolehlah melihat gambar-gambar yang Etuza upload sebagai penghias blog maya ini.


























Borne Beach & Mangru Resort yang menarik. Dalam kenangan kini~ Family Etuza

Artikal baru " Naik Bot Menyelesuri Pesisir Pantai Serusup "