Siapa Lagi Jika Bukan Kita, Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kelihatan beberapa kuntum bunga kelopak kuning.
Baru terserlah sebaik disiram,diberi baja subur.

   Ini bentuk kelopak bunga spesis ini apabila kita besarkan.
Subahanallah

Kadang kala akan berlaku kita lupa, kita leka atau kita fokus pada kerja rutin lain. Lalu akan lupa ada perkara lain yang kita tak kesampaian melakukan, mendekati atau melihatnya atas sebab fokus pada sesuatu kerja yang mungkin perlu sangat kita buat penumpuan.

Lalu kita tersentak, kita sedih, kita kesal, berkata dalam hati, kenapa aku biarkan hingga begini akhirnya,kering dan layu, hampir pupus dan tidak secantik dahulu, sedangkan dia sangat cantik apabila dijaga, disiram dan di berikan sentuhan jari jemari kita sebagai manusia yang berakal.

Kemudian baru kita buat penjagaan semula, kita kembali mengatur langkah, membina rasa kasih sayang dan membuat penjagaan seperti pada mulanya datang di halaman rumah kita. Hanya dengan sentuhan kasih sayang, menyiram air secukunya, meletakkan sedikit baja organik, baja pembungaan dan gemburkan tanah di sekelilingnya, membuang rerumput menganggu keindahannya maka jadilah semua tanaman spesis  bunga yang beraneka mengeluarkan keindahan meliputi kecantikan dedaun, bentuk urat pokok yang unik dan paling indah serlahannya ialah kuntuman bunga, kelopak bunganya yang berwarna warni.  Untuk pembaca maya dan teman-teman yang selalu ke blog ini lihatlah keindahan beberapa bunga di laman Etuza ini.

membentuk renda ikal panjang dicelahan benang halus
 yang berwarna kuning. Rona-rona bunga membentuk 
benang halus, kemudian ada putih

Bunga jenis spesis nanas . Hampir pupus setelah 
beberapa lama tidak terjaga, hari ini keluar bunga uniknya

Spesis bunga rama-rama, rona putih bunga, sangat seni
cantik dan tenang melihatnya bila ditiup angin.

Kuntuman bunga kertas berwarna merah..kelihatan
menggumpal tebal. Spesis Bunga Kertas Sangul Fatimah.

Terbitlah rasa kagum kepada yang menjadikan tumbuhan indah ini untuk kita hargai, kita nikmati keindahannya selain menyedut udara segar disekeliling bunga-bunga di halaman rumah kita. Dan yang mencipta keindahan bunga ini ialah Dia yakni Allah yang satu. 

Mari ringan kan lidah kita untuk melafazkan "Subahanallah"hanya Dia yakni Allah yang dipuji dan pujian hanya untuk Dia yakni Allah yang satu. Sesungguhnya tiada makhluk lain yang mampu menikmati, menghargai keindahan spesis bunga-bunga di alam persekitaran melainkan kita sebagai manusia. Siapa lagi jika bukan kita yang menikmati keindahan spesis bunga-bungaan ini. Selamat membaca dan lihatlah keindahan bunga di laman anda.

Bunga kertas menyerlahkan keunikan daun, indah sekali 
apabila kelihatan berjuntai

Daun kelihatan urat, bentuk corak pada daun sangat halus,
kelihatan seperti prisma jernih apabila dilihat jarak dekat.

Benar-benar kagum pada ciptaan daun ini, berkilat kuning keemasan
dan kelihatan seperti salutan lilin yang licin pada daun bunga kertas ini.
Subahanallah.


Daun membentuk rambu ramba, kerana panjang dan
bercorak garis kuning di tengah daun ini. Bunga Puding di laman.

Ini spesis lada ( Cili Bara ) baru daun terasa pedas.Luar biasa .

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. rajin nyaaa. kita dah tak larat sangat dah nak berkebun2 ni. mmg rindu sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga dalam pasu dah lama ditanam just siram letak baja...alhamdulillah

      Padam
  2. Wah, naik seri warna bunga kuning merah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terhibur kala melihat keserian bunga di laman terutama waktu pagi

      Padam
  3. saya suka bunga!! zmn2 PKP, byk jugak saya tanam dlm pasu kat my mini garden, now tinggal sikit jer sbb takde masa nak jaga betul2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lagi perlahan-lahan..ada sat pasu ..esok2 tambah lah tanam yang baru ya

      Padam
  4. Banyaknya pokok2. Terapi mata sungguh la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak 2003 menanam .umpama kebun dah sekeliling rumah ni..alhamdulillah

      Padam
  5. cantiknyaaaa....semua rare bunga-bunganya.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..keladi ada yang kering tapi setelah disiram keluar pula satu persatu

      Padam
  6. Bukan bunga ja unik, bentuk dan kepelbagaian jenis daun pun unik dan cantik.. Pertama kali Sha tengok bunga jenis spesis nanas.. Cantik, unik dan menarik..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.