Doa Syukur Arwah Sudah Selesai Badal Haji

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Telur Rebus Masak Bawang Besar Sos Cili

Buat entry baru pada petang ini agar update lagi pengisian blog ini. Semoga yang klik dan membaca paparan cerita ini sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Aamiin.

Sejak awal minggu ini, kakak sulung mewar warkan bahawa kenduri akan diadakan di rumah peninggalan arwah ayah dan mak pada hari Jumaat selepas Isyak. Bertujuan untuk Doa Kesyukuran arwah ayah dan mak telah selamat naik haji badal. Kakak mengingatkan agar kami semua adik beradik dapat balik ke rumah ayah ibu bagi tujuan doa kesyukuran ini. 

Syukur ya Allah sijil Badal Haji ayah dan mak dalam dakapan kami . Terima kasih kepada insan bernama Haji Zahirul Haqiyun Bin Haji Farezal dan Haji Al Nufailan Idris Bin Muwafaqani kerana mereka mendapat peluang sebagai wakil Badal Haji kepada arwah ayah dan mama kami. Syukur alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa bakti dan amal jaraiah mereka yang sungguh luar biasa ini. Allah hu akbar.

Sijil Badal Hajai untuk arwah ayah dan mak. Subahanallah


Terfikir hendak bawa juga apa  yang ada ke rumah ibubapa kami, sebagai tambahan pada menu juadah yang kakak pesan atau yang kakak oder ( Katering ). Hanya kami bayar harga juadah itu nanti, sebaik semua berkumpul di rumah. 

Satu try telur hasil peliharaan ayam penelur Etuza.
Alhamdulillah dapatlah lakukan amal jariah

Oleh kerana stok telur ada beberapa try, maka Etuza memberitahu isteri masak saja telur rebus dan tumis lah hirisan bawang besar letak sos cili.Alhamdulillah dengan cepatnya isteri masak dan siap sebelum Isyak semalam. Rupa masakan ini ala kadar sahaja. Alhamdulillah setelah dihidangkan nampaknya telur rebus masak bawang besar dan sos cili terlebih dahulu selesai diambil oleh jemaah dari Masjid Almunawarah.

Jemaah  lelaki dari Masjid kampung.

Jemaah perempuan ada dari Masjid kampung

Ustaz Romzi mengetuai bacaan doa selamat & kesyukuran 
selepas yasin tahlil khusus arwah ayah dan mama

Minta bacakan alfatihah buat ayah kami yang kini sudah badal Haji ~ Haji Ayub Bin Sanap dan ibu kami Hajij ~ Hajah Fatimah Binti Asinti. Semoga arwah ayah dan ibu diampunkan dosa dosa mereka serta di tempatkan di sisi orang yang beriman. Aamiin.

Berminat klik SINI 



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Al-fatihah buat kedua ayah bonda tuan.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Al fatihah untuk arwah ibu dan bapa bro Etuza...moga diterima Badal hajinya .. Aamin...
    Alhamdulillah,arwah bapa mertua pun telah selesai diniatkan Badal haji...semoga diterima Allah..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah..al fatihah kepada arwah bapa mertua A Linda..

      Padam
  3. Banyak caramasak telur..ambil cara simple..boleh lah updated kan blog..

    BalasPadam
  4. Al - Fatihah (dibacakan) buat kedua-dua arwah ayah dan bondanya.
    Alhamdulillah, dapat kongsi telur segar buat juadah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terrima kasih datang baca di wall blog saya ya

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.