Cheese Tart & Cream Puff Comel

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ke udara maya lagi malam ini, semoga semua pembaca maya dan yang selalu klik blog Pesona Etuza semuanya sihat, tenang dan damai meneruskan kehidupan.

Chess Tart & Creem Pup Comel

Paparan kali ini adalah tentang Cheeses Tart yang comel dan Cream Puff. Sebaik berkahwin anak lelaki Etuza yang ke 5, sangat rajin belajar membuat kuih muih dengan cara yang betul, sukatan yang betul termasuk juga kepanasan pada oven pembakar rotidipelajari. Dia belajar menerusi isterinya yang memang ada kemahiran membuat kuih muih dan juga menerusi Tik Tok dan vedio. 

Belajar Dan Tidak Putus Asa

Dia aplikasi dan memperbaiki rupa bentuk kuih yang dibuat tanpa putus asa. Akhirnya tanpa di duga ada adik beradik Etuza mengetahui kuih yang terlihat seperti biskut adalah dari hasil air tangan anak  Etuza. Bermula lah mereka suami isteri mempormosikan kuih yang comel ini kepada staff IPDAS ( Institusi Pndidikan Dakwah Sabah ) cawangan Keningau dan kepada kawan-kawan mereka serta di kampung-kampung melalui group whatssup. Inilah hasilnya apabila mereka tidak putus asa belajar dan menyediakan kuih yang disukai ramai dan kelihatan ada kuliti dan daya tarikan untuk dijual. Etuza melihat mereka gigih belajar  dan masa itu bulan November 2024 ketika mana baru bernikah.

Mereka merancang untuk cari tambahan kewangan, anak lelaki Etuza masa itu bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah di daerah Keningau. Kini anak Etuza sedang tunggu penempatan sebagai guru Pendidikan Agama Islam, baru sahaja selesai menjalani Latihan Mengajar. Baiklah mari kita lihat gambar-gambar Cheese Tart dan Cream Puff hasil masakan anak lelaki Etuza.

Hantar oder di sekolah tempat Etuza bertugas

Cheese Tart disusun rapi mengikut corak.

Ini Cream Puff yang lembut rasanya sedap 
hingga menjilat jari.

2 kotak Cheese Tart yang comel-comel

Dihidangkan untuk tetamu semasa kenduri
doa selamat di rumah Etuza

Siap paking oder di Hospital Keningau

Pengumuman : Blog Pesona Etuza sedang memasukkan link ke Bloglist hasil pencarian blog yang aktif 2025. Sila klik pada perkataan Tunjukkan Semua pada  item bloglist tersebut agar dapat melihat blog yang sudah tersenarai. Kepada yang tersenarai diucapkan tahniah. Berminat klik SINI.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Nampak menyelerakan sungguh dan cantik comel rupanya. Alhamdulillah! Semoga dipermudahkan urusan mereka dan anakandanya mendapat penempatan yg berhampiran dan bakal menjadi seorang Ustaz bagi mendidik anak bangsa. Aamiin!

    BalasPadam
  2. wah bagus lah. comelnya cute miut tart dia. Tahniah semuga Allah lmpahkan rezeki melimpah ruah buat anak cikgu.

    BalasPadam
  3. nampak sangat menarik hasilnya.. moga beroleh sukses atas kegigihan dan kesungguhan...

    BalasPadam
  4. Jika rajin , minat dan kesungguhan maka semuanya boleh jadi...semoga chess tart anak tuan semakin mendapat permintaan

    BalasPadam
  5. Wah, gebu cheese tartnya... desert mcm ni mmg tren sekarang... betullah tu kalau buat utk dpt duit tepi... semoga dipermudah urusan anak menantu tuan ya

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...berusaha dan terus berusaha untuk terus baiki dari semasa ke semasa

    BalasPadam
  7. Kagumnya saya....semoga rezeki anaknyaanakanda etuza melimpah ruah....dan penempatan untuk menjadi pendidik dilancarkan permohonannya.....amin amin....

    BalasPadam
  8. kalau sudah berminat, memang kita akan belajar membuatnya sampai berjaya.. nampak sedap kuih muih tu

    BalasPadam
  9. MasyaAllah.. comelnya tart dan puff tu.. ^^

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.