Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ke udara maya lagi malam ini, semoga semua pembaca maya dan yang selalu klik blog Pesona Etuza semuanya sihat, tenang dan damai meneruskan kehidupan.
Chess Tart & Creem Pup Comel
Paparan kali ini adalah tentang Chess Tart yang comel dan Cream Pup. Sebaik berkahwin anak lelaki Etuza yang ke 5, sangat rajin belajar membuat kuih muih dengan cara yang betul, sukatan yang betul termasuk juga kepanasan pada oven pembakar rotidipelajari. Dia belajar menerusi isterinya yang memang ada kemahiran membuat kuih muih dan juga menerusi Tik Tok dan vedio.
Belajar Dan Tidak Putus Asa
Dia aplikasi dan memperbaiki rupa bentuk kuih yang dibuat tanpa putus asa. Akhirnya tanpa di duga ada adik beradik Etuza mengetahui kuih yang terlihat seperti biskut adalah dari hasil air tangan anak Etuza. Bermula lah mereka suami isteri mempormosikan kuih yang comel ini kepada staff IPDAS dan kepada kawan-kawan mereka serta di kampung-kampung melalui group whatssup. Inilah hasilnya apabila mereka tidak putus asa belajar dan menyediakan kuih yang disukai ramai dan kelihatan ada kuliti dan daya tarikan untuk dijual. Etuza melihat mereka gigih belajar dan masa itu bulan November 2024 ketika mana baru bernikah.
Mereka merancang untuk cari tambahan kewangan, anak lelaki Etuza masa itu bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah di daerah Keningau. Kini anak Etuza sedang tunggu penempatan sebagai guru Pendidikan Agama Islam, baru sahaja selesai menjalani Latihan Mengajar. Baiklah mari kita lihat gambar-gambar Chess Tart dan Cream Pup hasil masakan anak lelaki Etuza.
2 Ulasan
Nampak menyelerakan sungguh dan cantik comel rupanya. Alhamdulillah! Semoga dipermudahkan urusan mereka dan anakandanya mendapat penempatan yg berhampiran dan bakal menjadi seorang Ustaz bagi mendidik anak bangsa. Aamiin!
BalasPadamTahniah
BalasPadamsemoga rejeki bertambah2
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.