Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Banner menyambut ketibaan Cg Dominic Gasan dan tetamu
jemputan
Kekal Sihat 60 Tahun
Bertemu kembali diarena penulisan blog Pesona Etuza. Menjumpai banyak gambar kenangan di Google Play, lalu rasa tertarik hendak kongsikan kepada rakan blogger dan pembaca maya. Hanya ingin berkongsi seorang rakan guru bernama Cikgu Dominic Gasan telah sampai detik dinantikan bersara wajib 60 tahun. Cikgu ini berkhidmat dalam pendidikan bermula 13.07.1988 hingga 16.01.2024.
Melihat sosok tubuh Cg Dominik, masih dalam keadaan sihat, tersenyum gembira pada hari persaraan wajibnya. Satu anugerah yang Allah kurniakan kepadanya. Saya turut bersyukur beliau bersara dalam keadaan sihat. Cg Dominic dijemput ke sekolah bersama isterinya Puan Mariah Gudiman pada hari bersara.
Merupakan guru Bahasa Melayu tahun enam dan guru Muzik. Memegang tugas ketua panitia muzik hingga pernah mencipta lagu sekolah. Seorang yang tegas dalam mengajar mendidik murid hingga ramai murid mendapat markah yang tinggi pelajaran Bahasa Melayu.
Pernah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang ( APC ) sebanyak tiga kali dalam sejarah perkhidmatannya.
Antara khidmatnya di sekolah hingga menjadi sebutan ialah guru ini sentiasa awal seawal 6.20 pagi sudah tiba di sekolah, hingga di hari persaraan kehadirannya sentiasa teratas dalam catatan kehadiran staff sekolah yang lain. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Dominic Gasan kerana tiba masa bersara wajib 60 tahun.
Etuza dan Cikgu Rosdi diarah menjemput Cg Dominic
menggunakan kereta dihias ini.
Di hadapan rumah kediaman Cikgu Dominic ketika di jemput ke sekolah
Tarian menyambut ketibaan Cikgu Dominic Gasan.
Persembahan menarik ~ Silat
Gambar kenangan bersama wakil dari PPD Keningau
Kenangan ku, orang nak ambil gambar, layan dengan baik.

9 Ulasan
Wahhhh tahniah Cikgu Dominic yang masih sihat dan kekal punch in pada 6.20 pagi di kala bersara pada umur 60 tahun. Pastinya amat disayangi oleh anak-anak murid dan dihormati oleh rakan sekerja.
BalasPadamAlhamdulillah. Seronok cikgu-cikgu bila bersara di sambut dan di arak sepanjang jalan. Menghargai jasa guru berkhidmat sehingga bersara. Semuga cikgu Dominic di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat.
BalasPadamselamat bersara utk cikgu dominic
BalasPadamsebak rasa melihat persaraan rakan prjuangan etuza, banyak jasa beliau kepada negara. terima kasih kerana mendidik anak bangsa 🎀🌷🧡
BalasPadamMasa baca tajuk tu ingatkan cikgu yang bersara dah, tapi rupanya cikgu lain. Masih sihat nampak muda lagi Cikgu Dominic tu ya, cantik baju yang di pakai cikgu Dominic dan keluarganya.
BalasPadamMenarik sambutan nya... Banyak berjasa
BalasPadamMenarik juga sambutannya, Mas. Ada persembahan silat juga.
BalasPadamCikgu Dominic terlihat masih muda dan sehat. Luar biasa...
Salam,
Aiiih, dari 1988 yaaa mengajar. Saya masih kindergarten di tahun segitu 😅. Sehat2 selalu utk cikgu, dan semoga bisa bersara dengan tenang bersama keluarga
BalasPadamOwh.. rakan sekerja encik rupanya.. Ingatkan encik tadi..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.