Kehadiran mereka ini memeriah
kan majlis kami
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kembali dalam pena blog yang kian bersawang ini. Rindu juga sebenarnya untuk mencatat sesuatu yang boleh meleraikan tekanan dan kerinduan ini. Kepada rakan blog yang aktif dan masih lagi beraksi hebat di persada blog maya, saya ucapkan tahniah dan teruskan usaha yang murni sehingga kepuasan anda tercipta dalam berblog.
Kali ini hendak cerita sedikit maklumat. Kisah ini ketika Majlis Kahwin anak lelaki Etuza yang ketiga. Semua rakan atau kawan rapat atau sahabat anak Etuza datang dari Keningau ke Kota Belud menyaksikan persandingan anak Etuza yang bernama Afif dan wanita cantik pilihan hatinya. Perjalanan dari Keningau ke Kota Belud dalam pemanduan yang sederhana memakan masa selama 2 jam.
Dalam gambar adalah kawan-kawan Afif semasa sekolah dan semasa di Universiti. Persahabatan mereka masih hingga kini. Baru-baru di bulan June 2025 mereka datang di rumah jumpa Afif sambil membawa hadiah kepada cucu Etuza yang kini berusia enam bulan dan merupakan anak Afif. Ya Allah happy kami dengan kehadiran mereka. Siap panggang sayap ayam dan makan-makan. Begitulah jika terjalin hubungan kawan rapat yang abadi. Terima kasih kepada mereka ini. Nak tahu nama mereka ini Idlan, Irfan Izuddin, Iffat dan Furkon. Dua daripada gambar ini adalah anak-anak Etuza, Ibnu dan Irfan.
Salam ingatan, jumpa lagi diartikal lain yang lebih berguna. Salam sayang semua.
4 Ulasan
Ingatkan artis mana tadi , tapi gambar pengantinnya takde pulak ya cikgu.
BalasPadamAda penangtin..menerusi paparan ..dah lama baru ke udara
Padammajlis kenduri pertemukan shbt handai saudara mara
BalasPadamTepat sekali..terima kasih
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.