Kuliah Maghrib : " Apa Khabar Iman Kita"

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Asalamualaikum & Salam Sejahtera  Semua.

Ini imbasan peristiwa lalu, abadikan majlis ilmu Kuliah Maghrib di Masjid Al Mahabbah Kg.Penagatan Laut . Ustaz yang dijemput ialah Ustaz Hakimi Bin Abdul Mutalib merupakan Pensyarah di Pusat Latihan dan Dakwah Keningau, Sabah.

Kuliah Maghrib yang menarik dan memberikan sentuhan rohani kepada jemaah yang hadir berkisar tentang keteguhan iman untuk mengamalkan pelbagai amalan yang baik seperti hadir ke masjid untuk berjemaah serta menghadirkan diri pada majlis lain yang menjurus kepada menghimpun rahmat dan pahala bekalan ke akhirat yang kekal abadi.

selain mensyukuri apa juga nikmat yang Allah anugerahkan seperti nyawa dan harta makan dan minum yang tidak pernah kurang. Semua rezeki itu sesungguhnya datang dari kehendak dan kekuasaan Allah. Jemaah dari desa ini pada malam ini ramai dan niat mereka ialah untuk menambahkan ilmu dan menyucikan rohani yang agak lama tidak mendengar ceramah atau kuliah maghrib. Diucapkan setinggi-tinggi  terima kasih kepada Tuan Ustaz Hakimi Bin Abdul Mutalib. Tutungkap sebagai menghargai penceramah telah disampaikan oleh En. Sapin @ Rahman Bin Karim merupakan Pengerusi Masjid Al Mahabah Sesi 2024 -2025. Semoga kita semua mendapat pahala dan rahmatNya.




 


















Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alangkah indahnya setelah mendengar adzan langsung bergerak ke masjid untuk sholat berjamaah

    BalasPadam
  2. Suka kuliah maghrib sebab masanya tak panjang

    BalasPadam
  3. Begitulah khabar iman kita kena selalu muhasabah sentiasa.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.