Bertambah lagi usia ini pada detik 11.01

Asalamualaikum dan salam sejahtera teman blogger yang dirindui, dikasihi. Semoga anda terus bersinar di alam maya ini. Terima kasih ibuku yang melahirkan aku, melahirkan kita semua, DARI IBUBAPA LAH KITA DILAHIRKAN DISUSI DAN DIBESARKAN. iBU RATU HATI KU, RATU HATI KITA.

Anda memang hebat dan sangat memanafaatkan ilmu di dada. Tidak kering idea dilontarkan di persada maya ini. 

Berbeza sekali dengan keupayaan ku, addmin Blog  Etuza Warna- Warna Kehidupan. Akulah penulis yang terdampar di tepian dunia blogger. Sebenarnya tidak terkejar masa dek kehidupan yang sering menuntut untuk lakukan dan lalui setiap perkara. Selagi hidup selagi itu ada sahaja tanggungjawab kita. Justru kesibukan merampas segala kehendak untuk berblog.

Addmin kali ini tampil secara sedrehana, memaparkan informasi berkaitan usia. Usia bertambah lagi pada detik yang ditunggu. Kesyukuran ku panjatkan kepadaNya atas kurnia hebat ini. Allah menyayangi, mengasihi hingga bermula lagi usia baru, angka baru. Terima kasih padaMu ya Robb.

Kek dari anak-anak tercinta. Kejutan dan rasa dihargai, disayangi.

Hari ini, terasa terharu dihargai oleh isteri dan anak-anak tersayang. Biasa tidak mengharap diraikan, cukup ucapan selamat hari lahir itu bagiku amat kuat dan ikhlas dari semua yang memberikan ucapan. Ingatan padu ini membuat diri terpanggil berkongsi sedikit kegembiraan saya hari in. Kepada semua anal-anak , terima kasih ingatan, terima kasih banyak atas kejutan ini. Bapa berharap  anak-anak beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kepada pembaca dan yang menyukai blog ini, terima kasih atas kunjungan anda dan andai ada yang memberikan ucapan selamat hari lahir ku. Terima kasih sekali lagi.Jumpa dilain artikal.

Kita semua pernah muda belia...
Segalanya pinjaman sementara di Dunia ini.
Dicatat oleg Etuza.