Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Gambar ini sekadar hiasan blog, kenangan indah
pemilik blog, dan blog bukan hak milik kekal.
Saat hadapi kesibukan, banyak pergerakan dan melakukan pemanduan jauh dan ke sana sini. Apa yang anda harus lakukan.
Bertindak bagaimana?
* Gopoh gapah
* Marah
* Membebel
* Tidak puas hati
* Tunjukkan ke egooan
* Menekan
* Bertindak bodoh
* Tidak gembira
* Bosan
* Penting diri
Usah begitu, semua unsur negatif 10 bertanda butang bunga star di atas amat amat merugikan anda. Tiada sesuatu pun di atas itu mendatangkan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan keadaan demikian.
Apa yang anda lakukan nanti dalam keadaan berperasaan begitu TIDAK AKAN MENYELESAIKAN APA SAHAJA KESIBUKAN yang dihadapi.
Bertindak Bagaimana?
* Sabar
* Tenang
* Tetap tabah
* Tetap gembira & bahagia
* Seronok & bersyukur
* Ikhlas & yakin
* Tersenyum lega
* Hulurkan kerjasama
* Lakukan dengan bijak
* Tidak ikut hawa nafsu
Seumpama inilah 10 dan + unsur positif dalam diri yang bertanda butang bunga, sewajarnya kita dilakukan apabila ada kesibukan yang di lalui. Pasti apa juga kesibukan yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Cepat atau lambat, lancar atau lambat, mudah atau sukar semuanya akan tetap selesai apa juga kesibukan apabila di hadapi dengan ikhlas dan tabah.
Alhamdulillah, setelah kesibukan itu telah selesai, pasti kita menarik nafas lega kerana akhirnya semua telah selesai. Masalah dari permulaan hingga akhir kita telah bertindak dengan bijak menyelesaikan dan melaksanakan tanpa ada sedikit pun rungutan. Ini boleh kita katakan sebagai terapi minda sihat sebenarnya bila kita sentiasa positif diri saat banyak kesibukan dihadapi.
#Tips kehidupan.~Etuza~
16 Ulasan
hadapi dengan tenang :)
BalasPadamYa betul...ikhlaskan membantu pada yang memerlukan..
PadamYang penting kena sentiasa bertenang, berfikiran positif dan cuba bersabar 😊
BalasPadamSetuju sangat
Padambertenang hadapi apapun situasi
BalasPadamBetul..tindakan yang bijak
Padambila sibuk sampai tak tahu nak buat yang mana satu dahulu. hehe. kena bertenang dan susun strategi
BalasPadamBuat satu persatu kan...hehehe
PadamYang penting kene rilex je, chill kata orang memuda heheheh
BalasPadamBetul..tepat sekali ya
BalasPadamWkmmussalam
BalasPadamWak sangat setuju
hehehe..sibuk berhikmah tak apa..sibuk2 tak ada makna..alamak
Padambest juga ada kesibukan dan kelapangan silih berganti..
BalasPadammasa sibuk akan terkenang masa lapang dan masa lapang akan terkenang masa sibuk
Tak sibuk ada masa jg layan blog..bila sibuk..,mohon ampun dan maaf blog akan sepi
PadamKesibukan Itu bagus. Tandanya kita masih byk keje nak buat
BalasPadamJadilah orang yang memberi manfaat kan
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.