Pilihan ALLAH SWT Tanpa Diduga

Pilihan Allah SWT Tanpa Diduga

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Gambar ketikan bersama keluarga dan sanak saudara
di Airport Kota Kinabalu, Sabah

Salam blogger Malaysia, salam semua yang mengenali blog Etuza Warna-Warna Kehidupan. Alhamdulillah bertemu lagi dalam tinta bisu di alam maya. Pagi selasa yang cukup hebat indah dan penuh dengan cahaya mawaddah sakinah.

setiap manusia yang ada iman pasti merancang dalam kehidupannya. Perancangan itu penting sekali sebagai satu titik tolak kita bertindak untuk menjayakan perancangan. Merancang yang baik dan mengelakkan kejatuhan dari perancangan yang tidak pasti. 

Pastikan perancangan itu adalah perkara yang baik yang membentuk satu pola kehidupan yang sangat membahagiakan dan amat bermakna. 

Ringkasnya anda telah kecapi nikmat perancangan anda sendiri. Misalan anda kini memiliki kerjaya untuk kelangsungan hidup berdasarkan keizinan Allah SWT.Setelah cukup kuat berusaha berdoa dan tawakal.

Walaubagaimanapun akan berlaku keadaan apa yang kita rancang tersasar, iaitu lari dari perancangan asal kita. Disinilah kita harus berfikir bahawa sebagai orang Islam kita harus akur bahawa PERANCANGAN ALLAH SWT untuk hamba yang Allah pilih jauh lebih hebat daripada perancangan manusia yakni kita sendiri. 

Islam tidak menolak perancangan Allah SWT yang mana perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. 

" sebaik-baik perancangan adalah perancanganAllah"

Manusia ini ada kelemahan, namanya kita dicipta oleh Allah sebagai khalifah di Dunia, tetapi manusia lemah kuasanya untuk melihat apa yang bakal berlaku, kita hanya merancang berdasarkan kemampuan yang kita miliki. 

Sebagai menghadapi situasi kelemahan itu, kita sebagai Muslim telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan IBADAH DOA, di mana doa ini berfungsi sebagai penghubung di antara perancangan manusia dengan ketentuan yang bakal dilakukan oleh ALLAH SWT.

Setelah berdoa, berikhtiar  kita bertawakal yakni berserah kepada Allah atas apakah yang akan berlaku seterusnya. Kadangkala apa yang berlaku nanti berbeza dengan apa sepatutnya kita rancang dan sebagaimana yang kita inginkan.
Namun YAKINLAH bahawa  ketentuan tersebut adalah yang terbaik untuk diri kita.

Mungkin secara zahirnya, ia kelihatan seperti UJIAN tetapi SEBENARNYA ia adalah RAHMAT dalam mengelakkan daripada BALA yang lebih besar. Justeru telah berlakulah satu PILIHAN ALLAH SWT untuk kita tanpa diduga.

Sebelum klik ke blog lain baca ini:-Copy dari blog Karyaku Paridah.Klik blognya ya. Surah al-khafi.
Ayat 7: Allah pujuk Nabi Muhammad saw jangan bersedih. Apa yang ada di bumi hanya perhiasan sebagai tempat ujian dan cubaan. Siapa yang lebih baik amalnya dan ikut peraturan -NYA. Emas, permata dan lain-lain hanya digunakan masa hidup sahaja untuk menguji manusia, siapa yang
terbaik
amalannya. Orang beriman beramal soleh, amalan daripada sumber al Quran dan hadis sahih. Mereka dijanjikan syurga kekal.

 

Ayat 8: Segala perhiasan di bumi ini akan hancur musnah. Pada Hari Kiamat bumi akan digoncang dengan kuat. Allah akan jadikan bumi ini sebagai tanah yang tandus dan berdebu.

 ~Tazkirah~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian. manusia hanya merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik

    BalasPadam
  2. Jika apa yang kita rancang tidak menjadi,mungkin Allah sudah sediakan perancangan dan takdir yang lebih baik.Cuma nak kena pujuk hati untuk redho .

    BalasPadam
  3. kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan.

    BalasPadam
  4. Alhamdullah..betul cakap akak tu..dari saya cik zulkarnein dan keluarga

    BalasPadam
  5. Assalam'kum pada semua sahabat yang dikasihi..di sini saya ingin meluahkan sedikit luahan yang amat dipendam.saya seorang status OKU,dan isteri baru lepas kemalangan dan menyebabkan anggota peha kaki kiri putus 2.tapi yang paling kecewa adalah isteri tidak dapat pampasan dari mana2 pihak NGO atau badan kerajaan walaupun report polis dan surat terperinci dari hospital dah dikeluarkan.saya taknak bercerita panjang,at least,klu nak tahu selanjutnya,nanti saya tinggalkan website instagram saya atau no whatsapp saya.saya disini dgn 10jari memoho pada sesiapa yang ikhlas dan sudi menyumbangkan makanan atau barangan makanan pada saya sekeluarga.saya berumur 42 dan bekerja sendiri.anak ada 3 orang.isteri juga OKU dan baru sahaja terlibat kemalangan baru2 ini.pada yang sudi membantu,boleh whatsapp saya encik zulkarnein dan isteri saya puan mariam no.whatsapp 013-3035799.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.