Lengkap Dua Dos Vaksin
Salam Keluarga Malaysia, salam blogger Malaysia, salam kepada semua pembaca maya yang datang dan berganti, berlalu dan datang tetamu baru mengetuk pintu maya.
Hari ini, lengkat anak bungso Etuza suntikan vaksin ke 2 dos. hari ini bersamaan 12.8.2021. Pelajar sekolah menengah dikehendaki mengambil Vaksin sebelum bersemuka di sekolah.
Jika di Keningau. pusat pemberian Vaksinasi ialah di Komplesk Sukan keningau. Hari ini temujanji Vaksin Dos 2 kepada anak maka sangat perlu Etuza dan isteri mengiringi anak ke pusat Vaksin. Dalam awal pagi jam 9.00 pagi telah ramai pelajar sudah menjalani Vaksin dan kelihatan mereka gerak balik ke rumah masing-masing.
Alhamdulillah, Etuza ucapkan Syukur pada Allah atas peluang anak mendapatkan Vaksin saat Pusat Vaksin di Kompleks Sukan Keningau beransur akan mula di tutup pada bulan Oktober atau pada November.

Alhamdulillah Lengkap Dua Dos Vaksin

Pusat Vaksin daerah Keningau.
Menurut sumber dari individu yang berkerja di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Pusat vaksin di Kompleks Sukan Keningau, bakal ditutup tidak lama lagi, hanya menunggu pelajar yang berusia 17 tahun ke bawah dilengkapkan dengan Dos 2, maka tidak akan ada lagi jemputan untuk menjalani baksin di Kompleks Sukan ini katanya.
Adapun nanti, kepada sesiapa yang memerlukan vaksin selepas pusat vaksinasi Kompleks Sukan keningau di tutup, masih ada pemberian vaksi tetapi akan di kendalikan oleh pihak klinik berdekatan dan klinik swasta dan pemberian vaksin akan dikenakan bayaran nanti.
Etuza secara jujur dan ikhlas menyeru kepada masyarakat Keningau keluarga Keningau turun mendapatkan vaksin dengan segera kerana ketika ini kerajaan melancarkan pemebrian Vaksin secara percuma.
Sekali lagi Etuza berpesan agar langkah atau tindakan mengambil atau menerima vaksin adalah jalan terbaik membenteras penularan vaksin. marilah bersama menyokong seruan kerajaan dan KKM, supaya nanti warga Sabah khasnya di Keningau boleh melakukan rentas negeri setelah Sabah melakar rekod 80% rakyat sabah di vaksin.
Kita jaga kita#
Jaga diri, jaga keluarga#
Lindung diri# Lindung semua#.
Aliya diiringi ibunya ke pusat Vaksin hari ini.
Di Kompleks Sukan Keningau, Sabah pada 12/10/2021
Kompleks Sukan daerah Keningau, Sabah..
dalam keadaan wajah baru dan cat baru..
13 Ulasan
Alhamdulillah dipermudahkan urusan ambil dos kedua
BalasPadamSemoga semuanya baik-baik. Lepas ni boleh lah rentas negeri. 😁
BalasPadamalhamdulillah dipermudahkan semuanya ya cikgu
BalasPadamAnak bongsu saya belum lengkap lg 2nd dose..dok tunggu panggilan
BalasPadamAnak2 abe kie di ting 3 n 2 tu akan menerima dos kedua pd Rabu minggu dpn. Geram tul kpd mrka yg masih enggan menerima vaksin. Yg sedihnya guru2 pun dlm 2K yg degil. Macamana la nak jd cth kpd anak murid?
BalasPadamAlhamdulillah.. teringin mau ke Sabah. Lama sgt tak kesana, dulu kesana pun sebab melawat anak angkat
BalasPadamAlhamdulillah dipermudahkan. Semoga kadar vaksinasi Sabah akan meningkat seperti negeri lain jugak
BalasPadamSyukur.. Semoga Aliya dan keluarga sihat selalu..
BalasPadamalhamdulillah..anak2 saya pun sd lengkap
BalasPadamAlhamdulillah Alya..
BalasPadamAnak bongsu saya kejap lagi nak ke ppv untuk dose 1, tertangguh seminggu sebab dalam tempoh kuarantin.
tahniah
BalasPadamWah nice semakin ramai yang lengkap dua dose..
BalasPadamTahniah...smga baik2 sj Aliya... 👍👍👍😄
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.