Lancar Tritton 3 Jam Tepat Sampai Di Pelabuhan Menumbuk

 Lancar Tritton 3 Jam Tepat Sampai Di Pelabuhan Menumbuk

Salam blogger Malaysia, salam kepada semua rumpun keluarga Malaysia. Semoga sihat walafiat dipagi ahad yang ceria. Alhamdulillah syukur nikmat ini.

Siapa masih ingat entri Etuza SERVICE ( klik). Iaitu service basik Tritton Etuza yang masih berbayar ini. Esoknya drive menuju ke Pelabuhan Menumbukm Sabah. Perjalanan dari desa Etuza terus ke Jalan Kimanis Papar dan Menumbuk, melimpasi jalan Kuala Penyu, Papar, Kalias Bourfort dan Daerah Menumbuk. Dari jam 5.00 pagi seusai solat subuh berjemaah dengan anak sampai di Pelabuhan Menumbuk tepat jam 8.00 pagi.

Abadikan kenangan kapal laut Fery 
di Pelabuhan Menumbuk, Sabah pada 22/10/2021

Dalam tiga jam sahaja perjalanan menggunakan Tritton sampai di Pelabuhan Menumbuk. Lancar pemanduan berhemah Etuza. Sesekali dalam jalan lurus tanpa halangan cecah 120KMJ. Perjalanan lancar cepat kerana tiada sekatan di jalanraya seperti SOP kawalan pergerakan rentas daerah di kawal selia.

Alhamdulillah, sebaik jam 9.00 pagi anak Etuza dan kawan-kawan telah naik Kapal Laut ( Ferry) yang besar itu mulai bergerak selepas bunyi siren dibunyikan sebanyak dua kali jika Etuza tidak silap dengar.

Kepada teman yang ada menggunakan 4x4 Tritton, jujur Etuza katakan selepas service dan tukar tayar dua set depan, drive lancar dan bunyi engine lebih halus. Sebab tu laju steady dan bertenaga Tritton Etuza pada 22/10/2021. Semestinya anda harus menyemak kebolehan atau keadaan kereta anda sebelum bergerak travel pada jarak yang jauh. Penting untuk keselamatan kereta dan keselamatan anda juga. Lastly Etuza tadah sujud SYUKUR semua kelancara ini Allah yang limpahkan. Terima kasih Ya Robb.

Ibu dan anak..di Pelabuhan Menumbuk, Sabah

Tritton memang brand Mithubisi pilihan terbaik, jika
hendak travel jauh..Syujur Tritton tidak 
mengecewakan Etuza

Masuk ruang Ferry..bagasi, beg sikut dan bakul kecil
dibawa ke Kolej Matrikulasi Labuan.

Ceking Tiket..semoga anak Etuza ini beroleh kejayaan
Di Dunia dan Akhirat. Aamiin

Putera dan satu lagi kawan Ibnu Mustaqim
sama-sama ke Kolej Matrikulasi Labuan

Berbaris beli tiket dan copy tiket. Tiket beli online
tetapi prints sekeping. Nah kena copy kata pegawai bertugas

Ferry ( kapal Laut ) di Pelabuhan Menumbuk

Ambil gambar bersama teman Ibnu Mustaqim
Haziq namanya. Sama-sama mereka ke Labuan
pada 21/10/2021

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. besar juga kapal ferry tu ya selamat menuntut ilmu seberang laut moga sukses

    BalasPadam
  2. Wah pelajar KML anak cikgu.. Terbaik👍

    BalasPadam
  3. Semoga anakanda kembali kelak dgn kejayaan..

    BalasPadam
  4. Semoga dimudahkan urusan anaknya dalam menuntut ilmu dan dalam rahmat Allah..

    BalasPadam
  5. Haii . idaa singgah sini follow #592 .

    Semoga anak berjaya dalam menuntut ilmu , dunia akhirat :)

    BalasPadam
  6. terima kasih berkongsi cerita. tertarik juga saya nak tau macamana rupa feri dari Tawau ke Labuan

    BalasPadam
  7. Semoga selamat semuanya.. Besar ferry nya.. Kena ada copy tiket ye..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.