Juadah Dibawa Sempena Maulidurrasul

 Juadah Dibawa Sempena Maulidurrasul

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

BOLEH KLIK WEB INI

Juadah dibawa ke Masjid Al Mahabbah
Sempena Maulidurrasul..

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana telah menemukan kita pada Bulan Rabiulawal, kalender Islam. Pada bulan Islam ini, berlaku hari bersejarah iaitu bulan kelahiran Nabi junjungan Nabi Muhamad SAW. 

Satu Dunia menyambut dengan zikir, dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda ingatan dan ingatan kepada Nabi pembawa syafaat ke atas umat nabi Muhammad SAW. Antara lain program ialah berselawat ke atas nabi SAW di masjid atau surau di desa atau juga di bandar dan kota raya. 

nangka masak lemak 

ayam masak  rendang 


Juadah di dalam bekas telah disiapkan.

Tidak ketinggalan family Etuza menyediakan juadah untuk dibawa dan agihkan kepada jemaah semasa maulidurrasul di Masjid AlMahabbah baru-baru ini. dengan gigihnya isteri Etuza dan anak menyiapkan juadah dibawa ke masjid nanti. 

Seterusnyam, cuba perhatikan pertanyaan di bawah dan jawapan yang diberikan. Semoga bermanfaat. Salam maulidurrasul.

  1. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul?

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.

(Riwayat Muslim)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah....

    satu amalan yang bagus dan terbaik iaitu bersedekah makanan.

    moga Allah bagi ganjaran yang besar dan berlipat kali ganda.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki cikgu dan isteri

    BalasPadam
  4. Terbaik la, Bang..

    Kata seorang ustaz tu, Setiap kita bersedekah, niatkan dengan doa.. doa lebih mudah makbul asbab dari sedekah tersebut..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.