Hindari Kejahatan Dalam Diri

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua teman blogger Malaysia dan semua Keluarga Malaysia yang datang bertandang diteratak maya Etuza. Terima kasih atas kesudian berkunjung di laman Etuza ini.

gambar sekadar hiasan blog paparan.

Pagi Sabtu seawal subuh Etuza ada membuat kajian dan pembacaan tentang satu perkara yang anda mungkin telah ketahuinya tetapi secara mendalam Etuza belum memahami perkara ini. Iaitu " Penyakit Ain". 

pesan untuk diri sendiri dan kepada semua yang membaca. Marilah hindari apa juga bentuk kejahatan dalam diri. 

Untuk apalah membenci dan iri hati kepada orang lain yang mungkin ada kelebihan dari segi kehidupan dan keperibadian dan keimanan orang itu. 

Kita semua sama disisi Allah, Allah takdirkan kita wujud di Dunia. Allah yang berhak ke atas tubuh kita, Allah anugerahkan kelebihan atas dasar usaha setiap kita. Justeru apabila kita membenci apa yang Allah ciptkan BUKAN KAH ITU SECARA LANGSUNG TELAH MEMBENCI ALLAH.

Logiknya Allah yang telah ciptakan kita. Mari hindari rasa membenci, semua rasa itu adalah bisikan syaitan laknatullah. Nauzubillahiminzalik.

Penyakit ini bermaksud seperti di bawah ini. 

‘Ain ialah sejenis penyakit disebabkan pandangan mata. ( etuza copy paste kerana dalam blog MyStar katanya silah SHARE katanya.

Orang dengki dan jahat, dengan sebab pandangan matanya saja sudah cukup untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit.

Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani. (Lihat Fath al-Bari, 10/200)

Anda boleh membaca tentang Penyakit Ain DI SINI Etuza link kan ya.

 Apakah tanda-tanda atau ciri-ciri seseorang ditimpa penyakit Ain?

Ada banyak tetapi di antaranya adalah seperti berikut:

1. Sedih dan dada terasa sesak

2. Emosional dan ketakutan

3. Sering mimpi yang menakutkan

4. Tiba-tiba tidak mahu bergaul dengan orang lain

5. Sukar untuk fokus terhadap sesuatu

6. Suka menyendiri

7. Merasa benci untuk keluar rumah

8. Susah tidur waktu malam

9. Tubuh jadi kurus kerana tiada selera nak makan

10. Tiba-tiba jadi bodoh walaupun sebelumnya pintar

11. Terlalu sensitif

12. Terasa ingin mati dan putus asa

13. Dada terasa sesak sehingga ingin menangis

14. Mimpi kubur, jenazah atau masuk ke dalam kubur

15. Pengsan mendadak

16. Detik jantung kencang hingga takut mati

17. Bermurung atau lebih suka diam walaupun sebelumnya ramah dan memandang negatif kehidupan hingga berharap mati

18. Rasa takut terhadap tempat atau orang tertentu seperti pejabat atau sekolah atau rumah yang mana sebelumnya dia sangat suka dengan tempat tersebut

19. Selalu mengantuk  dan malas nak melakukan sebarang aktiviti

20. Sering menguap ketika beribadah atau ketika diruqyah.