Hadiah Kreatif untuk Guru

 Hadiah Kreatif untuk Guru

Hadiah Kreatif untu guru..

Hadiah Kreatif Untuk Guru
Hasil sentuhan idea inovasi dari Cikgu Noratiqah Abdullah

Hadiah Kreatif Untuk Guru, hasil idea kreatif
Cikgu Noratiqah Abdullah.

Salam blogger Malaysia, salam semuanya. bertemu kita bertentang mata di skrin alam maya. Hari in seusai solat Jumaat, niat hati hendak terbitkan satu wacana kenangan dan memori hidup ini. Ya, ada harapan untuk bahagia seterusnya memberikan anda pembaca maya merasa gembira. InshaAllah. Setidaknya ada idea terilham melihat lakaran kenangan ini.

Bersedia semua yang dirai..majlis dengan mematuhi SOP
dimulakan dengan DOA

PK Hem Handery Y, menyampaikan cendera kenangan yang 
sangat cantik kreatif dari warga sekolah kepada GB Ramlee Tiasin

Yang 3 berpindah dan 3 masuk berkhidmat di sekolah Etuza.

GB Ramlee Tiasin bersedia memotong kek..tanda penghargaan
dan kasi sayang dari warga sekolah 

Pertemuan jodohnya perpisahan. Adui, bab sedih begini rasanya tidak semua orang suka. Tetapi disebalik kesedihan ada sisipan bahagia yang Allah berikan. Nabi SAW suka beri orang gembira, caranya mudah saja iaitu dengan memberikan hadiah. Hadiah itu mampu memberi kita rasa gembira dan dihargai.

Tengok saja, hari ini Majlis Perpisahan dengan Guru Besar sekolah kami iaitu En.  Ramlee Tiasin mendapat surat perpindahan di SK. Magatang, Keningau. Dan Guru Besar baru kami adalah dari Kampung Bayangan Keningau iaitu En. Abdul Karim Rahsid. Majlis hari ini hanya dihadiri oleh beberapa orang guru, kerana ramai guru berada jauh dan ada temujanji seperti review ke hospital dan vaksin kan anak. 

Dalam ucapan Guru Besar sebelum berpindah, dia memohon maaf atas segala kelemahan diri, apa yang termakan dan terminum katanya.  Sebagai manusia biasa katanya pasti ada kelemahan masing-masing. Tetapi dalam dunia pendidikan kita sama dari segi tanggungjawab, hanya saja status Guru Besar membezakan tanggungjawab itu. 

Diharapkan En. Ramlee Tiasin akan cepat betah di SK.Magatang dan meneruskan legasi kecemerlangannya yang terbaru pada tahun 2020 telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kategori guru pentadbir di sekolah Etuza.

Berdiri tengah tu adalah Guru Besar baru di sekolah Etuza
En. Abdul Karim Rahsid

Etuza ambil kesempatan bergambar bersama hadia yang unik
kreatif dan inovatif Etuza kira ..
Banyak lagi gambar kenangan hendak dimuat kan.
Setakat ini saja dapat di kongsikan. Salam bahagia.

Kita jaga kita#
Lindung diri # Lindung semua#
Kita harus menang#

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cantik hadiahnya. Memang sentuhan keratif!

    BalasPadam
  2. memang cantik hadiahnya. Memang sedih terpaksa ucap selamat tinggal kepada guru besar lama. Semoga GB baru dapat menjalankan tugas dengan baik

    BalasPadam
  3. Jasa guru tetap dikenang sepanjang hayat...walau dh bersara,tetap dipanggil cikgu jugak kan.

    BalasPadam
  4. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

    Cantik sentuhan cikgu Noratiqah tu..creative orgnya

    BalasPadam
  5. Pertemua dan perpisahan, adat kehidupan.. Semoga GB baru dapat melaksanakan tugas dengan baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perpisahan kadang menyakitkan..namuk kita harus sabar..ini jalan orang beriman

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.