Tiga beradik Santap Di McDonald ( MCD)

Tiga beradik Santap Di McDonald ( MCD)

Sabtu 18.9, kami bertiga  sepakat untuk bertemu di Bandar Keningau, kerana ada urusan yang penting untuk dibincangkan. Masa sudah jam 10.00 pagi baru Etuza gerak ke Bandar Keningau untuk menemui dua wanita ini, dua wanita ini adalah adik bongsu dan anak ke 3 dalam kami adik beradik.

McDonald yang tersergam indah bersendiri bersebelahan Jabatan Perhutanan Keningau, adalah tempat McDonald yang menjadi tumpuan ramai setiap hari. Kami ke McDonald kerana jam sudah menunjukkan jam 12 tenghari memang perlu untuk mengisi perut, perlu untuk santap makan tengahari. Oleh itu kami memilih kali ini kami masuk di McDonald  dan makan bersama di ruangan yang agak jauh. Memang juadah yang kami ambil atau pesan iaiah seperti dalam gambar. Air lemon tea juga turut disajikan dan harga bagi satu set ialah RM15.00 sahaja.

 

Kami bertiga sebenarnya bukan lagi tinggal serumah tetapi tinggal di tempat yang lain. Dan kami bertemu di McDonald untuk membincangkan hal ingin membina rumah baru ibubapa kami. Dengan itu perlu adik beradik bertemu untuk membincangkan item-item yang perlu di beli seperti tail atau mozek, Pluster syiling cornis  dan sebagainya. Sebab itu sebagai wanita pasti mereka lebih kreatif dan mengenalpasti bentuk dan corak mozik jadi idaman.

Tiga beradik ini, santap juga di McDonald cawangan Keningau. Sebab apa? kerana memang sudah masa untuk makan tengahari. Bila perut sudah mulai pedih kena isi makanan sebenarnya agar gastrik tidak naik merosakkan buah pinggang dan masalah usus.

Dari segi SOP di Mc Donald Keningau, memang mantap. Kami dilayan dengan baik, mejad dan jarak tempat duduk sudah ditetapkan dan situasi dalam McDonald Keningau memang tempat indah di daearah Keningau masa kini. Kepada anda jemput tengok gambar tiga beradik ini.





Rebut Peluang Dapatkan HADIAH Klik saja


Sesiapa yang datang kena ikut SOP..



Inilah yang kami oder..kenyang..Syukur 

McDonald di Bandar Keningau.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sesekali jumpa ahli keluarga...

    BalasPadam
  2. Adik beradik harus rapakan silasturahim.. Till Jannah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah adik beradik sepakat..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.