Remaja Sekolah Di Vaksin

 Remaja Sekolah Di Vaksin

Salam Sejahtera.

Vaksin, ya masih belum selesai usaha untuk memberikan dos Vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. Vaksin sangat diperlukan untuk semua demi membendung penularan wabak C-19. Wabak ini menular hingga serata dunia yang bermulai di Wuhan China sejak Disember 2019 hingga hari ini.

Hantar anak ke pusat Vaksin Dos 1

Teman ibubapa lain juga turut sibuk hantar anak di pusat Vaksin 
di Keningau.

Remaja sekolah yang bakal kembali ke sekolah seawal bulan Oktober 2021, yang di dahului oleh sekolah menengah dan berfasa ini haruslah menerima Dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos, dan kemudian melengkapkan dua dos nanti.

Hari ini, anak Etuza turut sama mendapat temujanji untuk mendapatkan Vaksin Dos 1 di Dewan Masyarakat Keningau. Ramai kawan-kawan Etuza datang mengiring anak untuk mendapatkan Vaksin. Seperti biasa seusai mendapat suntikan Vaksin akan bergambar sama ada untuk dikongsi atau tidak tetapi pihak KKM menggalakkan untuk di kongsi sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan dan KKM menyalurkan dengan penuh iltizam memberi vaksin kepada seluruh warga remaja sekolah di Keningau mahupun di seluruh negara.









Antara remaja sekolah menengah yang telah selesai menerima Vaksin Dos 1, termasuk anak perempuan Etuza hari ini.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Senang sikit hati ibu bapa bila anak-anak dah divaksin. Semoga dijauhkan dari sebarang penyakit

    BalasPadam
  2. Anak Mrs. A baharu dapat tarikh vaksin 28.09 nanti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.