Gen Y Perlu Berdikari

 Gen Y  Perlu Berdikari 

Salam bloggers Malaysia, salam semuanya walau di mana anda berada. Ingatkan diri kita walau dimanapun harus sentiasa berhati-hati, agar kita jaga kita dan selamat keluarga apabila anda kembali di rumah dengan selamat dari wabak Covid-19  dan wabak liannya.

Gen Y, merupakan generasi muda belia yang lahir pada ketika zaman teknologi. Lahir di zaman moden, zaman maju dari segi arus kehidupan teknlogi yang semakin canggih. Hingga apabila mereka mengenal Dunia bukan lagi seperti dulu, tetapi dengan mengenal Dunia melalui Handphone canggih atau menggunakan Komputer atau PC Note Book yang cukup banyak mempamerkan berbagai pengaruh.

 Gen Y, jika lahir di kampung, balik dari Universiti atau balik dari asrama atau balik dari kolej bercuti, ibubapa cepat-cepat kenalkan mereka dengan sumber rezeki datuk nenek moyang kita pada masa dahulu. Perkenalkan mereka kepada pada kepala parang dan kepala  pisau getah. Kenalkan apa saja yang dahulu kita membesar dengan alat dan suasana di perkebunan dan suasana desa yang cukup sederhana.

Gen Y, kenapa dan mengapa perlunya dikenalkan pada semua aset yang memberi kan kita rezeki dahulu. Membesar dengan aset di desa hingga berjaya menjadi seorang Pegawai terhormat di setiap Jabatan dan Sektor Kerajaan. Ibubapa kita dahulu, melalui banyak pahit getir membesarkan kita dengan menyara perbelanjaan dengan hasil torehan getah dan pertanian lainnya. Tidak perlu malu asal kita bermula dari kepayahan hidup di masa lalu, tetapi bangga sekali kita ada ibubapa yang perkasa mencari rezeki untuk keluargannya.

Gen Y, harus sedar dari mana mereka berasal. Pada daging tubuh badan mereka yang pejal perkasa cantik dan berseri itu adalah gen dari ibubapa mereka yang dulu juga berasal di desa. Apabila Allah angkat darjat sebahagian dari kalangan orang kampung maka mereka kini meatap di kota-kota, di bandar-bandar dan jarang sekali melihat desa asal ibubapa mereka. 

Sebenarnya mereka tahu asal mereka itu. Ibubapa mereka merupakan penoreh getah, peladang kelapa sawit, anak kepada petani berjaya atau kah mungkin anak kepada nelayan berjaya. Justru sebaik mereka balik ke desa TUNGGU APA LAGI kenalkan lah mereka dengan lumpur di sawah kenalkan mereka dengan ikan sumbilang, ikan air tawar dan sebagainnya.

Kelihatan hasil susu getah dijadikan kentalan yang kini harga naik jika tidak silap.
Batang pokok getah muda yang baru di lakar torehan.
Kulit muda dan jika tidak berhati-hati torehan akan
mengena tulang pada pokok getah ini, getah akan mulai rosak
dan kulit baru pada getah ini akan menggerutu. 



Gen Y jika berada di desa, tidak perlu merasa resah hal di mana sumber rezeki.
Tetapi asal ada kemahuan ingin berdikari, Hamparan rezeki bagi Gen Y
sentiasa ada di desa. Misalan belajar menoreh getah pasti ada hasilnya' 

Alhamdulillah anak Etuza semakin serasi menoreh getah.
Pada awalnya tangan keras dan asyik pisau melekat terkena 
tulang atau ( kayu keras pada batang tengah getah )
Selain itu susu kurang keluar ..tetapi kini setelah belajar
semakin baik cara torehannya.
Anak bercuti dari Universiti selama 3 bulan. 
Boleh lah mencari rezeki dengan cara menoreh getah di desa.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Seronoknya menemani org tua menoreh getah lan cikgu..anak2 boleh belajar ,betapa susah payahnya mencari rezeki

    BalasPadam
  2. Seronoknya. Tahniah dan terbaik kehidupan di kampung begini..

    BalasPadam
  3. Saya bersyukur lahir tahun 80an. Hidup di kampung pernah merasa, teknologi moden pun dapat guna.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.