Gempak Merdeka ( Imbasan 2018)

 Gempak Merdeka ( Imbasan 2018)

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setiap awal bulan Ogos hingga 16 September setiap tahun akan diraikan hari ulang tahun kemerdekaan dan Program Bulan Merdeka atau Bulan Kebangsaan akan berulang siaran dengan penuh gempak merdeka di Negara kita Malaysia ini.

Setiap blog dalam lingkungan bulan Ogos hingga September, blog tidak sah jika tidak mempamerkan gambar merdeka atau cerita tentang kemerdekaan sebagai bahan pengisian di blog yang seolah wajib ada dalam blog. Wah wajib..tetapi pilihan dari kita suka atau tidak dalam membuat liputan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Etuza pada paparan ini hanya memberi perkongsian gambar-gambar kanak-kanak atau warga sekolah di sekolah Etuza pada tahun 2018. Mengimbas kenangan merayakan Hari Kemerdekaan hari Kebangsaan, terlihat GEMPAK NYA MERDEKA pada gambar-gambar ini. Meriah sekali, sambutan sangat hebat dengan melibatkan komuniti ibubapa turut bersama merayakan Hari Kebangsaan di sekolah detik itu.

Masa ini kita bebas bergerak, duduk bersama dalam keadaan harmoni dan bahagia. Apatah lagi masa itu adalah hari gembira seluruh rakyat Malaysia dalam program Bulan Kebangsaan Hari Malaysia sempena terbentuknya Negara Malaysia hasil kemasukan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Justru 16 September adalah hari bersejarah dengan Malaysia akan merayakan Hari Malaysia sebagai satu ingatan setiap tahun meraikan peristiwa bersejarah dalam Negara Malaysia.

Kepada anda semua lihat gambar-gambar menarik GEMPAK MERDEKA imbasan peristiwa Program Penutupan Bulan Kebangsaan di sekolah Etuza tahun 2018. Semoga nanti melihat gambar kita lebih bermotivasi mencintai Negara Malaysia dan BERSUKUR hidup di Bumi Malaysia kita.

MALAYSIA PRIHATIN













Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Agaknya dah dua tahun sekolah tak buat sambutan kemerdekaan.
    harap2 tahun depan dah boleh on semula

    BalasPadam
  2. Anak2 memang suka kalau kt sekolah ada sambutan hari kemerdekaam..bkn main bersemangat lg jerit merdeka..merdeka..merdeka..

    BalasPadam
  3. Wah! Meriahnya sambutan d sek rendah. I miss those days...

    BalasPadam
  4. imbauan kenangan tiasa manis kan...anak2 merdeka mnjadi dewasa mencelahi era pandemik

    BalasPadam
  5. Gembira dan meriah sambutan merdeka di sekolah sebelum pandemik. Semoga tahun dapat dapatlah budak budak merasa sambutan merdeka di sekolah.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah memang rasa seronok tengok gambar Cikgu Etuza letak.

    BalasPadam
  7. Great photos! Happy independent day Dear friend! Hope you and your nation celebrate this unique day forever.

    BalasPadam
  8. Seronok sambutan merdeka sebelum covid. Dah 2 tahun kita sambut merdeka dalam norma baru. harapnya tahun depan kita dapat sambut merdeka dengan lebih meriah dengan penuh kesyukuran.

    BalasPadam
  9. Meroahnya.. tahun ni memasing dpt ha yar gambar je kan

    BalasPadam
  10. Dua tahun sunyi sepi. Dahulu suasana sangat meriah dengan sambutan kemerdekaan. Mudah-mudahan tahun seterusnya kita merdeka dari covid-19.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.