Blogger Terkenal Puan Paridah Ishak

Blogger Terkenal Puan Paridah Ishak

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu kembali, sebelum hendak beradu rasanya elok paparkan satu catatan di blog Etuza ini. Sebelum itu Etuza hendak menyusun sepuluh jari jemari MEMOHON MAAF yeng tidak terhingga kepada teman kita Blogger Terkenal Puan Paridah Ishak. Pemilik atau tuan blog kepada Blog KARYA KU :PARIDAH ISHAK. Anda boleh klik blog Puan Paridah Ishak, seorang blogger Malaysia yang sangat aktif berkarya. Juga merupakan seorang penulis terkenal. 

Etuza memohon maaf kerana terlalu lewat menzahirkan rasa TERIMA KASIH dan syukur kerana Etuza telah mendapat hadiah kiriman Blogger Puan Paridah Ishak pada suatu masa lalu. Terima kasih ya Puan Paridah, kiriman sebuah buku himpunan sajak bertemakan Aidifitri dan satu lagi CD Juz Al quran. Subahanallah. Seperti dalam gambar.

Hadiah kiriman dari Blogger Puan Paridah Ishak.

Hadiah ini, masih tersimpan rapi. Terima Kasih
hanya Allah mampu memberi balasan pahala.

Gambar bertudung pada gambar itu adalah Puan Paridah Ishak.

seorang blogger wanita di Malaysia yang kaya dengan

idea dan karya yang kreatif

inovasi dan sangat gigih berusaha sebagai seorang penulis.

Kepada yang hendak ke blog Paridah Ishak sila klik paparan blog terbarunya yang bertajuk Rezeki Anak. Selamat membaca di blog Puan Paridah Ishak. ~Etuza~

 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.