Ya Allah Lindungi Kami Ke Manapun Pergi

 Ya Allah Lindungi Kami Ke Manapun Pergi 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Gambar ini diambil semasa di Osaka Jepun
SALAM JUMAAT
Gambar latar belakang Masjid di Pahang

Kehidupan masa kini, memang sangat mencabar, banyak cabaran kena lalui namun mari kita hadapi hidup ini dengan penuh SANTUN di mana apapun keadaan situasinya tetap kita BERSYUKUR kepada ALLAH yang esa.

Kenangan lalu- Etuza
Keadaan bersosial atau akan ada kebebasan pergerakan yang akan diberi dan dilonggarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu antaranya kita dapat bergerak merentas daerah, merentas negeri dan merentas ke negara lain seandainya kita merancang membuat pelancongan ke tempat lain. Begitupun adanya kebebasan pergerakan harus DIINGAT bahawa kita bergerak dalam situiasi kawalan dan WAJIB menjaga SOP yang telah diajarkan kepada kita. 

SOP merujuk bahawa kita tidak lagi sebebasnya bergaul mesra dalam keadaan akrab dan semesra seperti dahulu kerana kita tidak boleh sesuka hati untuk BERSALAMAN berpeluk tanda persaudaraan, duduk dekat, berbual tanpa memakai MASK dan sebagainya.

Motivasi Kehidupan..

" Ya ALLAH lindungilah kami, lindungi siapapun mereka ke manapun kami ke mana pun  mereka apabila adanya kebebasan pergerakan ini tanpa had jarak dan masa. Ya ALLAH, kuat kan iman kami semua untuk menuntun atau untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahkan kepada manusia sejagat di DUNIA ini. Ya Allah, hindari kami dari apa juga musibah bala bencana, sesungguhnya kami tidak BERDAYA melainkan memohon perlindungan, memohon yang terbaik dari jua ya ALLAH" . Aamiin ya rabbal alamin.

 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Harus mengikuti SOP yang telah diajarkan kepada kita semua

    BalasPadam
  2. amiin..ya mesti jaga kesihatan n kselematan diri

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Jumaat, Cikgu. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.

    BalasPadam
  4. rindu tahun 2019 yang bebas ke sana sini

    BalasPadam
  5. rindu nak berjalan..harap dunia kembali pulih

    BalasPadam
  6. Rindunya masa sebelum covid. Biarlah ianya cepat berlalu. Semoga Malaysia cepat bebas Dari Wabak ni. Aamiin...

    BalasPadam
  7. dah tak sama macam dulu kan cikgu..kena ikut SOP,norma baharu.

    BalasPadam
  8. Aamiin ya Rabb. Rindu zaman sebelum pandemik. Keluar jalan jalan. Berkumpul dengan keluarga, rakan rakan.

    BalasPadam
  9. Subahanallah..terima kasih semua ya drop komen mmembina

    BalasPadam
  10. tak sabar nak bebas ber'keliaran' macam dulu...
    Bebas 'terbang' di awan biru..
    Semoga covid ni cepat la berlalu pergi

    BalasPadam
  11. InshaAllah Aameen.

    Di mana ya kotak follow?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.