Selalu Merindui Detik Indah

Selalu Merindui Detik Indah


Selamat bersua kembali di paparan blog maya ini.

Selalu merindui detik indah ini, di mana ingatan ketika Umrah hujung tahun 2019 masih seakan baru dalam lipatan kamus kehidupanku. Lakaran memori ini begitu ketat terpahat dalam sanubari Etuza. Ya Allah syukur alhamdulillah. 

Teman semua, yang seagama mahupun yang bukan seagama, rasanya pada masa sekarang kebebasan bergerak agak terhad tersekat akibat pendemik Covid-19. Etuza merasa sekali lagi sangat bersyukur kepada Ilahi kerana sebaik mendarat di Malaysia pada Dis 2019, ledakan perebakan Wabak Corona Virus ( Covid-19) terus melanda dunia, sehingga memasuki negara kita Malaysia. Hinggalah beberapa tempat terlibat LOCKDOWN di daerah Keningau Sabah termasuk desa Etuza. Semoga cepat berlalu wabak ini. Aamiin.

Dalam kesendirian di mana kala malam anak-anak seisi keluarga dalam rumah sudah lena, teringat moment indah ketika berada di Mekah dan di Madinah. Tidak terkata betapa lazatnya beribadah di halaman Kaabah kiblat kita. Betapa damai dan tenang berasa dekat makam Nabi SAW di Masjid Nabawi. Dan melihat masyarakat Arab yang ramah tamah, di tambah lagi mereka fasih berbahasa Melayu terasa sangat bahagia dan seakan kita tidak mahu balik ke Negara sendiri.
Di layan sebaiknya, makan dan minum yang cukup dan tempat menginap yang sangat indah dan memuaskan. 

Mungkin ada yang merasa tidak seperti Etuza, yang merasakan amat merasa nikmat berada di sana. Anggaplah itu rahmat dariNya mungkin berbeza antara kita. Kerana masih kedengaran di telinga ini ada teman lain yang pernah ke Umrah menyatakan rasa tidak puas hati dari segi makanan dan sebagainya. Ya Allah..asal hidup selesa dan dapat sujud di depan Kaabah sudah menjadikan diriku amat bahagia di Mekah di Masjidilharam. Umrah ini anugerah yang amat hebat dariNya. Justru keadaan lain bukan lagi perkara difikirkan melainkan hanya mahukan RAHMAT KEAMPUNAN dari ALLAH atas dosa-dosa lalu. 

Suasana dalaman Masjid Nabawi di Madinah

Selalu rindu, merindui situasi berada di Mekah dan Madinah, ya Allah kepada siapa lagi rindu untuk kita letakkan, kerana rindu sesama manusia bukan jaminan kita di kasihi Allah dan bukan jaminan kita di akhirat kelak. Bertanya diri kenapa rindu ini selalu ada untuk dia kepada Allah, di manapun kita lakukan ibadah kita bisa lakukan. Tapi wahai teman, beribadah di hadapan Kaabah kelazatannya luar biasa. Sangat lain dari kita beribadah di rumah atau di masjid mana-mana di negara kita. Kita beribadah depan Kaabah kita diberi ganjaran pahala berganda-ganda ribuan pahala dan RahmatNya selain keampunan atas dosa lalu. Itu janjiNya janji Allah kepada hambaNya yang beriman.

Rindu nak ke sana, untuk apa bukan kerana apa kerana di sana adanya Makam Nabi Muhammad SAW. Dialah nabi akhir zaman yang dapat memberikan kita SYAFAAT di akhirat hingga kita diberikan SYURGA. Subahanallah. Sebab itu rindu hendak ke Bumi Mekah ini tidak pernah padam.

Baiklah wahai teman ku saudaraku seislam ku, Etuza ( KLIK ) letakkan beberapa gambar yang Etuza dapat dari Mekah dan Madinah sebagai tatapan kita bersama. Hadirkan rasa rindu kepada nabi Muhammad SAW dan letakkanlah impian dan niat hendak ke sana dalam urusan Umrah atau Haji anda. Takbir " Allah hu akbar" Allah humma sallih ala Muhammad.





 



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. semoga berpeluang untuk ke sini

    BalasPadam
  2. Memang rindu hendak ke sana lagi. Insya Allah ada kesempatan.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah dimurahkan rezeki utk kesana lagi cikgu

    BalasPadam
  4. teringin nak buat umrah tp kena tunggu pintu sempadan dibuka dulu...

    BalasPadam
  5. Semoga dapat ke sana lagi menjadi tetamu Allah

    BalasPadam
  6. terima kasih sokongan..inshaAllah

    BalasPadam
  7. Teringin sangat nak kesana. Semoga panjang umur dan ada rezeki ke sana.. Aamiin..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.