SOP Perlu Sabar Dan Tabah

SOP Perlu Sabar Dan Tabah

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

PKP 3.0 berlangsung bermula sejak kemarin, PKP kali ketiga ini sesungguhnya menguji kita semua. Menguji kita dari segi kesabaran dan keimanan,hadapi situasi hidup dalam keadaan resah dan ketakutan akibat wabak virus Covid-19 yang menular  seluruh dunia.

Pergerakan kita cukup terhad, perlu hati-hati dan rancang masa ketika berada di luar rumah. Jika dulu sebelum Covid-19, kemana pun kita tiada yang menegur dan bertanya serta tiada kompaun atau medenda dalam bentuk kewangan akibat terlupa memakai pelitup mulut dan hidung di khalayak ramai.

 Standard Operating Procedures
Memakai Pelitup Mulut dan Hidung

Sedang menunggu  di ruang menunggu 
                                                                        di pusat servise 

Kemana - mana hendaklah memakai pelitup hidung dan mulut. Pastilah untuk melindungi dari jangkitan wabak. Benar-benar wujud virus C-19 yang sangat merbahaya ini?, mudah sahaja untuk meyakinkan hati kita, iaitu dengan melihat kadar kematian tiap hari dengan jumlah 3 angka, merupakan tiga digit yang amat kita risaukan.

Etuza menyeru pada diri sendiri dan semua agar harus hadapi SOP yang ditetapkan dengan rasa sabar dan tabah. Kerana tanpa sabar pasti urusan kehidupan bertambah rumit.

Selain itu perdalamkan pengetahuan agama yang dianuti, luaskan pandangan agar tidak merasa buntu andai terdapat banyak persoalan. Sentiasa menegakkan solat bagi yang seagama, rajin menjaga kebersihan diri, Etuza yakin kita semua boleh melakukannya. Doa juga adalah senjata orang mulim muslimat. Semoga kesabaran kita di lihat oleh Allah dan terus mengangkat virus Corona ditempat yang sepatutnya.

 http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp

 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Selamat menulis kembali cikgu..alhamdululiilah diberi keizinan olehNya utk kembali mewarnai dunia blog

    BalasPadam
  2. Mudah2an kita dijauhi daripada jangkitan pendemik ini

    BalasPadam
  3. begitulah kehidupan. perlu banyak sabar dan tabah menghadapi sebrang kemungkinan terutama dalam ketidaksediaan atau ketidaksanggupan terhadap sesuatu tapi perlu ditempuh demi kebaikan sejagat.

    BalasPadam
  4. PATUH SOP JAGA DIRI N FAMILI CIKGU DRRPD JGKITAN COVID

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.