Kenangan Untuk Aiman Sufi Ainin
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bertemu lagi dalam arena blog ini. Kali ini hendak letak satu cerita atau kenangan yang agak lama, tetapi Etuza perlu ingatkan diri, kerana ketika gambar ini di ambil, ibu kepada Aiman Sufi Ainin ada berpesan kepada Etuza iaitu nanti gambar anak saya, saya nak minta untuk besarkan dan nanti saya bayarkan kos kata ibu Aiman Sufi. 

Nampaknya Etuza tak dapat tunaikan kehendak ibu Aiman Sufi sepantasnya atau pada masa itu. Etuza jadi lalai tetapi sentiasa ingat. Dan pernah sekali bersemuka dengan Ibu Aiman Sufi bahawa gambar anak puan masih ada dalam folder, tetapi saya sering lupa. Ibu Aiman Sufi hanya tersenyum dan mungkin masih mengharap. Katanya "Tak  apa". Rasanya Etuza kena bertindak cepat dan perlu berbuat sesuatu selepas ini. Inilah antara usaha Etuza agar gambar kenangan Aiman Sufi Ainin ini tidak akan hilang buat seketika. InshaAllah akan Etuza usahakan dalam masa terdekat untuk print gambar ini dan besarkan satu keping dan letak dalam bingkai gambar.

Baiklah mari kita lihat gambar kenangan Aiman Sufi Ainin semasa di konvokesyen 
semasa di tahun enam dahulu.




 Aiman Sufi Ainin ketika konvokesyen 






Aiman Sufi Ainin Bersama dengan kawan-kawan tahun 6 dahulu