Berkopiah

Berkopiah

  Berkopiah

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Etuza berkopiah dalam 2 bulan, bukan lah Etuza hendak mengatakan Etuza alim dan berlagak. Tetapi kena berkopiah setelah mencukur licin semua rambut kesayangan Etuza. Dan memang perlu dicukur semua rambut pada kepala selesai melakukan Umrah. Semoga Umrah Etuza mabrul tempoh hari. Terima kasih ya Allah.

 Etuza di satu tempat pelancongan merarik di Manggatal, Sabah

Etuza rasa selesa berkopiah sebenarnya. Kemana-mana Etuza berkopiah, rasa kepala botak tidak terus terkena cahaya matahari. Cuma kadang kala Etuza di panggil Pak haji, Ustaz atau Tuan Haji. Tapi Etuza tidak kisah kerana itu gurauan kawan-kawan. Dan Etuza tidak ada niat untuk terus berkopiah. Biarlah Etuza jadi diri sendiri, biar di hati penuh dengan keimanan dan taqwa patuh pada ajaran Allah dan menjaga solat dan apa lagi menjaga hubungan dengan Allah.

Di Masjid ...di Kuantan Pahang

Kini genap dua bulan lebih rambut Etuza mulai menebal dan panjang tetapi masih tegak kesan dari rambut di gunting botak kepala. Bila Etuza pakai kopiah, kopiah agak terangkat dan longgar bila Etuza berjalan. Rambut tegak dan makin panjang maka kopiah lembut kurang masuk kepala ini. Lalu Etuza buat keputusan pergi kerja dan berjalan kemana-mana tidak lagi memakai kopiah. Pengalaman Etuza berkopiah sekitar dua bulan sejak Dis 2019 hingga 3 Feb 2020.

Gambar sebaik hari pertama tiba di rumah kediaman..

Bagaimanapun Etuza akan berkopiah apabila ke masjid berjemaah solat wajib. Alhamdulillah. Indahnya dan sucinya agama Allah yakni Agama Islam.

Sebelum ke Mekah, dah pakai kopiah..
Jumpa anak di airport KLIA..




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

Jadi kebiasaan pula.

Waalaikumussalam. Alhamdulillah kami tumpang gembira 😁

Alhamdulillah
Amalan sunnah

ameen ya robbal alamin

Bersongkok tanpa rambut cuma bimbang songkok jatuh bil tunduk. Bersongkok pun bergaya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger