Persiapan Awal Sebelum Mengerjakan Umrah. Part 4

Persiapan Awal Sebelum Mengerjakan Umrah. Part 4

Persiapan  Awal Sebelum Mengerjakan Umrah. Part 4
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Etuza teringat nak memberi infor dalam blog Etuza ini, hal perlunya persediaan rapi sebelum mengerjakan Umrah ke Mekah. Sangat penting sebenarnya bagi yang bakal menjadi tetamu Allah sama ada mengerjakan Umrah dan Haji. 

Sebaik sahaja Etuza mendaftar, malah sebelum mendaftar Etuza banyak kan mencari maklumat tentang Umrah menerusi Google Internet, melalui pembacaan buku-buku yang menceritakan hal Umrah sebagai panduan dan mendapatkan informasi mengerjakan Umrah.  Individu yang tidak melakukan tindakan awal seperti membuat pembacaan atau tidak mendapatkan ilmu pengetahuan hal Umrah pasti akan mengalami kesukaran dan ujian saat mengerjakan Umrah di Tanah Suci. Etuza katakan seperti ini, kerana telah mengalami sendiri semasa mengerjakan Umrah baru-baru ini.

Etuza sarankan andai nanti tersenarai untuk mengerjakan Umrah, tidak perlu takut, risau dan bimbang sebagaimana awal perasaan yang Etuza alami. Etuza ada perasaan bimbang dan macam-macam sebelum ke Mekah kerana terus terang Etuza katakan Etuza tidak berapa mendalami ilmu pengetahuan hal Umrah melainkan Etuza lebih mendalami setelah betul-betul berniat dan nekad bertindak handak mengerjakan Umrah. Etuza juga mengalami rasa segan untuk bertanya banyak perkara hal Umrah kepada teman-teman sekampung yang terdahulu menunaikan Umrah. Kerana mereka kelihatan tidak banyak cakap dan tak semua memberitahu pengalaman mereka di tanah Suci. Mereka lebih banyak menyimpan apa yang mereka alami, dan mereka kelihatan selesa berbuat begitu.


 Lawatan atau Ziarah di Ladang Unta di Thoif..
Saujana batu pasir, bukit berbatu yang sangat hebat..Subahanallah

Persiapan awal yang perlu di lakukan ialah:-


1. Menjaga kesihatan diri, kesihatan merangkum emosi , fizikal dan mental.
2. Membuat pembacaan yang banyak dan kerap tentang Ibadah Umrah, dari segi syarat dan pantang larang semasa mengerjakan Umrah.
3. Mengenal diri sendiri, kelemahan diri, membetulkan pemikiran dan memusatkan niat untuk beribadan dan mengharap kasih sayang dan keampunan dari Allah.
4. Solat wajib dan solat sunat kena tertib yakni tepat waktu, kerana di Mekah nanti sebelum azan waktu solat wajib kena berada depan kaabah iktikaf dan melakukan apa juga ibadah yang menjurus membesarkan Allah.
5. Rajin bangun awal pagi , datang ke masjid di tempat sendiri untuk berjemaah, bagi yang memang rajin jemaah di masjid ikut waktu sudah terbaik dan mantapkan lagi.
6. Ambil masa bertanya kepada yang sudah pernah mengerjakan Umrah, ambil kata nasihat mereka sebagai panduan agar Umrah nanti lebih sempurna.
7. Sediakan pakaian secukupnya, jangan lupa bawa jekat tebal untuk di pakai ketika waktu subuh, agar membaluti tubuh dan tidak terkena cuaca sejuk.
8. Produk kesihatan juga kena ambil berat, kena sediakan dan pastikan produk yang HALAL.
9. Beli selipar dua pasang, untuk mengelak dari selipar hilang, kerana memang berlaku kehilangan selipar yang tak disangkakan.
10. Catatkan doa yang di minta oleh ahli keluarga, kawan atau saudara mara yang lain. Ini menjadikan kita tidak lupa membacakan doa yang mereka minta.

Sekian sahaja tips atau panduan awal yang perlu di lakukan sebelum flight mengerjakan Umrah di Tanah Suci, semoga memberi panduan dan bermanfaat kepada yang memerlukan panduan hal Umrah. Terima kasih kerana membaca informasi ini. Tips yang Etuza berikan itu pasti akan lebih memudahkan anda semasa mengerjakan Umrah anda. Mohon buat dan fahami ibadah Umrah itu sedalam-dalamnya. Moga membantu.


Keadaan atau situasi ibadah di hadapan Kaabah di Mekah 
di Tanah Suci. Subahanallah, segala puji hanya untuk Allah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Semasa Umrah ikut nasihat Mutawif anda, sentiasa berhati-hati dengan tutur kata..rendahkan diri dan sentiasa merasakan kita banyak dosa, mohon ampun pada Allah dan sucikan hati kita. Dengan cara ini anda akan merasakan kelazatan beribadah dan merasa Allah begitu menyayangi kita ..memakbulkan doa kita...

panduan yang sangat bermanfaat etuza, Alhamdulillah

nice sharing. semoga satu ari nanti saya sampai sana :)

Semoga di permudahkan urusan ya

Panduan berguna utk kita semua .. tq cikgu.. balas kunjungan cikgu .. lama dah tak singgah sini . Lya ada gtau kat Akif pasal cikgu pegi umrah. Dia cakap minta cikgu doakan dia jugak kat sana .. doakan kami satu family ya cikgu .. Nak kurma jugak hehehe ..

nak ke sana memang banyak persediaan awal kan, tak boleh pakai harung je... takut nanti ada yang tertinggal, tersilap susah pulak

Alhamdulillah berpeluang menjadi tetamu Allah..saya doakan ada rezeki cikgu utk menunaikan ibadat haji pula.

nice sharing brother.. insyallah one day.

tgh kumpul duit utk tunaikan umrah ni..

terima kasih cikgu atas perkongsian =)

Alhamdulillah, semoga memberi manfaat buat sesiapa jua yg merujuk dan membawa keberkatan buat cikgu Etuza juga.. aamiin.

Dkt sana network coverage semua ok?

network sana ok ke boss?

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (542) Agama (530) Ucapan (490) Berita (421) Doa (384) Dunia Blog (381) Promosi. (361) Info Lelaki (344) Pengalaman (298) Tips Blog (291) Anak (289) Pendidikan (277) Nasihat (243) Kasih sayang (239) Pelancongan (236) Berita Keningau (214) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (199) Hadiah (181) Gambar (162) Keluarga (145) Sejarah (135) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (95) Percutian (85) Tentang lelaki (76) Bunga (72) Cinta (60) Isu Semasa (59) Motivasi (59) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Anak Buah (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Laman (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger