Orkid Cantik Belaka Di Cameron Highlands

Orkid Cantik Belaka Di  Cameron Highlands 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua


Apa khabar? hari ini 31/12/2019. Menariknya hari ini ialah hari terakhir Disember dan hari terakhir tahun 2019, seolah baru kita melalui 2019, kini menjelang tahun 2020. Ada tak anda rasa?.

Pasti ramai blogger sana, yang akan updated blog berdasarkan kenangan hidup sepanjang tahun 2019. Menarik untuk di kongsi dalam blog, lagi best apabila ada gambar menyokong kenangan di dalam blog. Apapun tanpa gambar juga menarik blog untuk di baca. Gambar sebenarnya perkara ke dua di dalam blog.

Hari ini, Etuza kongsikan beberapa gambar kenangan kami ketika anak sulung lelaki kami bawa kami bersiaran atau melawat di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini. Jika tidak silap lawatan kami ke tempat itu ialah pada 24/12/2019, orang kata baru juga masih fresh lagi kehadiran kami ke sana.

Etuza abadikan kenangan depan banner tu, boleh lah diyakini 
kehadiran Etuza dan tiga lagi family Etuza di Cameron Highlands.

Depan mata Etuza tahu kini tentang  Cameron Higlands dan Genting Highlands di Pahang Darul Makmur. Tempat ni berada di tempat yang tinggi dan tidak hairan jika kawasan Genting Higlands berkabus kerana berada di tempat lagi tinggi di atas bukit. Di Mini Cameron hanya ada tempat persinggahan yang menarik dengan jualan Bunga Orkid dan Taman Honey Bee. Dua tempat ini kami datang melawat. Subahanallah menarik dan Etuza tidak lepaskan peluang membeli sebotol madu lebah berharga RM75.00. Etuza beli kerana masa itu ada selesma dan agak batuk.


Depan Pintu Masuk ke Mini Cameron di Pahang.
Anak dua orang dan isetri Etuza turut bersama menikmati keindahan ini.

Kali ini di tempat ini sangat banyak sepesis orkid, kebetulan mama penggemar orkid maka kesempatan itu mama gunakan untuk mengambil gambar sepuasnya menggunakan camera phone dia. Seronok lah kelihatan mama dan anak kami bernama Mustaqim. Etuza sekadar melihat saja dan mempastikan keselamatan mereka.  Kami tak beli bunga, tapi melihat dan menikmati keindahan bunga ciptaan Allah, dan Etuza seperti biasa tidak lepaskan peluang berzikir memuji Allah yang ciptakan keindahan alam semulajadi di Cameron Highlands, Pahang. Masa kami melawat Cameron Highlands Etuza melihat orang Cina ramai datang tempat ini. Ada beberapa orang Melayu dan mereka datang  dalam lingkungan keluarga. Tidak ada bas persiaran, yang ada kenderaan seperti Proton Iriz, Perodua Myvi, Mini Bas, Perodua kancil pun ada juga landing dekat Cameron serta Proton Pesona. 

Cantik ambil gambar dekat mercu tanda ini.
Kenangan indah kami di Cameron Highlands.

Sebagaimana tema catatan kali ini, Etuza letak gambar beberapa orkid yang menarik di Mini Cameron. Perhatikan dan cuba tanya diri, siapakah yang mampu ciptakan keunikan dan corak bunga orikid sebegini cantik, lembut dan sangat menawan hati. Tanya diri anda dan jawapan pasti ada dalam diri kalian semua. Selamat melihat kecantikan bunga orkid di laman blog Etuza. Maaf ya, Etuza tidak sempat mencatat nama orkid ini. Dan semua benih orkid di sini dijual dari harga terendah RM10.00 sehingga cecah ratusan ringgit.









Bagaikan mimpi, dulu Etuza sekadar melihat tempat menarik ini
di Google Internet serta di blog teman blogger, tapi kini depan mata, 
pijak tempat ini..Subahanallah..ini benar-benar nikmat percutian yang indah.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. cantiknya semua bunga orkid tuh...
    mini cameron tuh bukan di cameron highlands tapi di gohtongjaya, genting highlands Etuza. Kalau situ memang ramai cina suka berkunjung, lepas tu mereka akan naik ke genting untuk ke kasino. Kalau cameron highland ada lebih banyak ladang strawberi dan ada macam-macam lagi tanaman.

    BalasPadam
  2. KAT CH MEMANG TERPESONA MEMANDANG KEINDAHAN ALAM DAN BUNGA2 PELBAGAI JENISNYA SUBHANAALLAH

    BalasPadam
  3. Seronok sangat nampak Etuza dan family jalan-jalan CH.
    Subhanallah cantik-cantik suburnya orkid-orkid tu ya.
    Mujurlah Mrs. A ni bukan peminat hehheee...
    Kalau tak mesti berhabis nak memilikinya tu.

    BalasPadam
  4. cantik-cantik semua orkid..

    dan tak lupa...selamat menyambut tahun baharu 2020 tuan

    BalasPadam
  5. Cantik orkid-orkid di Cameron Highland.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, cikgu dah sampai ke cameron highland. Saya pertama kali ke cameron pada tahun 86 lebih 30 tahun yg lalu. Masa tu pemandangan masih diseliputi hutan hijau. InsyaAllah, akan ke sana nanti untuk misi dakwah di perkampungan orang Asal. doakan moga dipermudahkan semua urusan.

    #Dengan rendah hati saya memohon kemaafan kepada cikgu etuza kerana tidak berkesempatan meraikan cikgu datang ke bumi kuantan. Terkilan juga rasa di hati. Disember tahun ini agak sibuk dengan beberapa program bersama yayasan Amal Malaysia termasuk juga urusan keluarga dan lain2. Moga ada kesempatan yang lain untuk bertemu dan bersilaturrahim. Mhn maaf seali lagi

    BalasPadam
  7. belum sampai lagi ke cameron ni.. semoga ada rezeki bawa keluarga di sana..

    BalasPadam
  8. bapa saya pandai tanam orkid dan memang menjadi. kata orang tangan yang sejuk. apa saja yang dicucuk semuanya hidup subur.

    anak anak dia je yang taak minat menanam...hehe

    BalasPadam
  9. Memang sangat cantik orkid2 tu...rasa mcm nk borong semuanya..

    BalasPadam
  10. Bestnya pergi Cameron Hingland. Kali terakhir saya pergi sana pada tahun 2015.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.