Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi

Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi

Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi & Mimpi Ini Nyata.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam sejahtera semua pembaca setia laman blog Etuza, catatan ini Etuza cedok dari blog lama Etuza. Rasanya ingin saja Etuza hapuskan blog lama Etuza itu tetapi Etuza tak dapat log in kerana lupa email dan pasword. Inilah salah satu kesukaran apabila dua hal yang memainkan peranan penting dalam pembinaan sesebuah laman. Email dan pasword sepatutnya kena utuh dalam ingatan. Link blog lama Etuza http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/misi-ke-osaka-jepun-siri-1-bagaikan.html

Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi. Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun. Bukan mudah dapat peluang ini...


Ini kenangan etuza dan kawan-kawan sedang menunggu flight ke Osaka Jepun pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami berada di Lapangan Terbang KLIA


Bergerak ke ruang menunggu, saat ini  terasa berdebar kerana menaiki pesawat  ke Osaka Jepun menggunakan Kapal Terbang Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam sampai di sana...berdebar. Ya Allah selamatkan  kami mendarat ke destinasi.


Gambar kami ini sedang mengusung bagasi  dan antara yang bersama saya ialah Masrof dan isterinya Sukarni  dari Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus dari Tambunan Sabah. 


Ini duit Jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu  Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang berbeza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang 30 lebih  Yen di Osaka Jepun.


Gambar saya ni sebenarnya sudah  berada dalam bas pelancongan 
di Osaka Jepun. Bermakna kami semua yang seramai 45 orang telah selamat mendarat di Kansai Osaka Jepun iaitu lapangan terbang di Negara Jepun. Ketika kami sampai menunjukkan jam 8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru  jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014. Saya melihat memang banyak beza panorama di Jepun..sejuk dan bangunan memenuhi ruang di sana-sini. Pada pengamatan saya keadaan jalan raya amat teratur. Pemandu pelancong team kami ada   menyatakan agak kurang kemalangan yang berlaku kerana sistem pembentung  atau sempadan pada tiap ruang jalan raya di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan
pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja sampai di Osaka Jepun. bagaikan mimpi.. tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan serta sangat manis dalam hidup Etuza.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca Catatan  Ini

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

Asalam, catatan ini Etuza cedok dari laman blog Etuza yang lama..harap maklum

waalaikumussalam. oh ingatkan etuza baru pi jepun. hehe. takpa2, pasti ianya akan jadi kenangan takkan dapat dilupakan

Ingatkan Cikgu Etuza baru balik dari Jepun😅.

untunglar cikgu dpt gi osaka., hehehe

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger