Hotel Al Safwa Towers Depan Kaabah Di Mekah. Part 5

Hotel Al Safwa Towers Depan Kaabah Di Mekah. Part 5
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Asalamualaikum semua. selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, sahabat nabi dan saudaranya. Syukur alhamdulillah bertemu lagi di laman Blog Etuza ini. 

Kali ini, masih berkisar infor memory terindah Etuza dan isteri yang telah selamat kembali ke Sabah setelah menunaikan UMRAH baru-baru ini. Pada Etuza sangat penting ingati dan melakar anugerah hebat dari Allah ini di dalam blog ini, setidaknya anak-anak Etuza dapat melihat sejarah Umrah Etuza juga teman pembaca maya melihat sedikit infor dan mendapat suntikan pembakar semangat agar ramai lagi yang akan pergi Umrah selepas ini khasnya masyarakat Malaysia dan khususnya keluarga Etuza sendiri. Tunaikan rukun HAJI lagi baik dan alhamdulillah bagi yang mampu tunaikan ibadah Haji.

Nampak gambar tak!, ha itulah gambar Hotel Al Safwa Towers tempat kami tinggal ya. Etuza dan empat jemaah yang lain ditempatkan di tingkat 14 dan nombor bilik kami 1410. Pada tingkat ini Etuza dapat melihat sisi Kaabah di jendela kaca. Pada jendela kaca itulah Etuza cuba melihat bagaimana keadaan tawaf 24 jam di Kaabah dalam Masjidilharam. Kadang Etuza dengan tak mengira waktu, bila keadaan sekeliling Kaabah kurang sesak Etuza segara turun untuk tunaikan tawaf Sunat. Subahanallah..hebatnya nikmat bertawaf..

 Safwa Towers ni ada jam paling tinggi dan hotel terkenal
bertaraf  5 bintang. Tak sangka Etuza di tempatkan di sini.
Sangat hebat apabila turun saja terus berada di halaman 
Masjidilharam (Kaabah ) Kelihatan tersergam kukuh Kaabah dan suasana
tetamu Allah beribadah di hadapan Kaabah 

Pertama kali melihat Kaabah, Etuza bacakan doa sebagaimana dalam buku Umrah kecil yang dibekalkan. Etuza sangat berdebar kala menghampiri Kaabah, tetapi tidak boleh menyentuhi kesemua di sekeliling Kaabah ini, kerana Etuza dan jemaah lain dalam UMRAH WAJIB dan ada pantang larangnya. Hati-hati ya, tak semena-mena kena Dam. 

 " Ya Allah, ini KaabahMu, terpegun melihatnya ya Allah, ribuan malah jutaan manusia beragama Islam dari pelusuk duniaMu ini, datang bertawaf di sekeliling KaabahMu ya Robb! "
 Kata hati Etuza. Di pendekkan cerita dalam dua hari rasanya begitu Etuza rasakan serasi dan berjaya menyesuaikan suasana dan cara beribadah di Tanah Suci ini. Kena bijak, kena pandai agihkan masa beribadah dan mengambil rehat dalam ruang masa yang amat terhad. Jika nak Umrah lalu lalai dan leka, satu kerugiaan sesungguhnya manfaatkan kesempatan keemasan yang Allah berikan. Lakukan lah apa juga ibadah, selain solat wajib, lakukan solat sunat, tawaf sunat berzikir berselawat dan membaca al-quraan depan Kaabah. InshaAllah kita dapat lakukannya bila kita yakin menyerahkan diri pada Allah hi ta'aala.

Baik lah teruskan melihat gambar - gambar berbicaraselamat malam..
 Ruangan jalan mrenuju di hadapan dan keliling Kaabah.
Di sisi jalan ini ada banyak tong air Zam-Zam yang tidak pernah habis.
Singgahlah minum air Zam-Zam. Sumber air Zam-Zam hanya ada di Mekah.
Untuk infor lain, Gate ini ialah gate King Aziz..paling sesuai 
anda gunakan ruangan jalan masuk dan balik ke hotel anda jika hotel di Safwa Towers

  Suasana di sekeliling Kaabah sekitar jam 11.00 pagi.
Agak panas tetapi lantai mar-mar sejuk dan selesa untuk bertawaf..
Kelihatan tersergam indah Hotel Al Safwa Towers

Paling jelas Hotel Al Safwa Towers di Tanah Suci Mekah, Arab Soudi
Sangat tinggi mencakar langit..lebih dari 60 tingkat..Struktur bangunan
sangat unik dan sangat besar..Subahanallah

 Ruangan keluar dan masuk Hotel Safwa..menuju ke Masjidilharam.
Ruangan ini, masa Etuza ambil ketika jemaah semua turun 
beribadah menunaikan solat wajib, sempat Etuza mengambil gambar
sebelum masuk sof..alhamdulillah..

 Lif pun sentiasa sesak..hati-hati saja..
bersabar dan reda dengan apa juga ujian dariNya.
Kita tetamu Allah beradab lah hargailah semua jemaah dengan tak mengira
dari negara mana dan suku apa. Kita satu iaitu Rumpun Islam

 Tengok Jam pada Towers Safwa Hotel..
sangat terang ketika waktu malam...

 Etuza, Watinin, Shamsudin dan Omar
Gambar sebelum buat Tawaf Wajib dan saie..

Masjidilharam..24 jam sesak dengan hanya satu perlakuan 
iaitu BERIBADAH
kepada Allah yang satu

Kami bergambar sebaik selesai bersaie antara Bukit Safwa dan Bukit Marwah

Di Masjidilharam..pada ruang atas tangga KING AZIZ

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Akak yg tumpang baca nk pun bagaikan terasa keseronokan berada disana

    BalasPadam
  2. Subhanallah walhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi. Semoga lancar segala urusan ibadah buat cikgu Etuza dan dikurniakan umrah yg maqbul.. aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
  3. MasyaAllah...indahnya permandangan disana

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.