Debaran Menjadi Nyata, Subahanallah ( Part 1 )

Debaran Menjadi Nyata, Subahanallah
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Asalamualaikum  dan salam sejahtera semua. 

Apa khabar? Semoga pembaca setia blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan, sentiasa sihat dan bahagia hendaknya. Maaf, kerana begitu lama menyepi diri dalam arena penulisan di dalam blog ini.

Keinginan menulis atau mencatat informasi dalam blog ini sesungguhnya tidak terkubur tetapi sentiasa ada, namun sebagai manusia biasa yang tidak sempura ada masa terasa tidak cukup tangan menangani kehidupan realiti ini, hingga terabai lah blog kesayangan ini, apabila urusan kehidupan yang lebih penting harus ditangani. 


Dalam tempoh tiga bulan sepanjang bulan September, Oktober dan  November 2019 ada perasaan berdebar ( Debaran ) di kalbu Etuza. Terasa debaran itu dari sehari ke sehari amat terasa. Kadang debaran itu lesap tetapi pantas meresap lagi ke jiwa Etuza. Sungguh Etuza tidak nafikan kehadiran debaran itu yang sukar Etuza gambarkan dengan kata-kata.  Pada Allah Etuza serahkan diri, dan Dia yakni Allah sahaja yang lebih mengetahui kenapa adanya debaran itu.

Beberapa Jemaah Umrah dari Keningau, Sabah yang datang kursus Umrah
di Alam Mesra Kota Kinabalu pada 06/11/2019


Debaran itu tidak pernah hilang walau pun Etuza cuba tenangkan diri. Pasti ada dalam nubari Etuza. Tidak terjawab oleh sesiapa melainkan Etuza sendiri yang sentiasa berusaha mengawal emosi, menenangkan diri sendiri dengan memohon agar Allah beri Etuza dan isteri kekuatan menangani debaran itu. 

Dan pada 28/11/2019 masih merasakan debaran itu kian kencang tetapi mulai surut dari jiwa, kerana  debaran itu kini menjadi nyata, apabila Etuza telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jemaah Umrah dari Sabah telah selamat mendarat di KLIA bercampur dengan Jemaah Umrah dari Semenanjung bersatu satu tujuan hendak menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah di Arab Soudi. Ya Allah betapa sangat berterima kasih dan sangat bersyukur atas kurniaMu ini. Alhamdulillah.

Kelihatan Ustaz Kifly Yasoi, merupakan Mutawif Umrah 
dari Sabah, memberi penerangan dan membacakan doa selamat 
bersama Jemaah Umrah dan keluarga yang menghantar jemaah di KKIA, Sabah

 Adik dan anak-anak serta anak buah menghantar kami 
di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah

 Pada jam 9.00 pagi semua Jemaah Umrah diperlukan berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di legar pelepasan untuk bersedia naik Kapal Terbang Mas pada 11.40 pagi ke KLIA. Ramai keluarga yang datang mengiringi ke lapangan terbang sebagai tanda sokongan kepada Jemaah Umrah dari Sabah ini termasuklah anak-anak Etuza dan adik beradik Etuza. Ya Allah debaran ini masih kencang hingga saat itu. LAYAK KAH AKU DAN ISTERI MENJADI TETAMU ALLAH DI MEKAH.


Bergambar bersama semua Jemaah Umrah dan sanak saudara sebelum flight ke KLIA

 Suami isteri yang turut bersama kami pergi UMRAH pada 
28/11 hingga 09/12 2019.

 Sampai di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
mengusung bagasi..

Beberapa Jemaah telah mendapat tempat duduk di kapal terbang  Soudi Arabic
Subahanallah..masih berdebar..tetapi tangani dengan sabar dan berserah pada Allah.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. alhamdulillah, tahniah Etuza dan isteri dapat menjadi tetamu ke Tanah Suci...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah syukur.Melihat kaabah nyata di depan mata menjadi dambaan setian insan kan Cikgu.Syukur rezeki Cikgu dan isteri dapat ke sana.Bumi yang mewah dengan kisah dan sejarah.Bumi yang mewah dengan keberkatan dan suci.Allahu.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah rezeki dapat pergi awal.
    seronok tidak terkatakan..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar atas izin-Nya jua. Moga mendapat umrah yang mabrur.

    BalasPadam
  5. Didoakan agar tuan & isteri beroleh umrah yg mabrur aamiin.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, semua berjalan lancar..

    Cikgu dan mama dah balik ya?

    BalasPadam
  7. ya Umi Aliya dah balik ..alhamdulillah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.