Jubbah Dari Jeddah

Jubbah Dari Jeddah

Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua

Minggu lalu, agak terkejut serta sangat gembira, apabila diberi hadiah  baju Jubah. Warna putih cream begitu mengujakan untuk memakainya. Bila Etuza lihat Jubah dihadiahkan datang dari mana, Allah hu akbar dari JEDDAH, apakah tidak teruja bila awak dapat hadiah sebegini bernilai. Ya Allah terima kasih, rezeki tidak terduga kali ini.

Serius Etuza ada meletakkan impian nak beli Jubah, ialah Jubah yang ada di mana-mana kedai kain muslim di Keningau, Sabah atau pun nanti membeli di Wisma Muis Kota - Kinabalu saja. Dah lama niat itu, kerana Etuza suka pakai kurta putih cream atau purple dan maron Kurta. Tapi tak sangka ada insan yang katanya terfikir nak belikan baju Jubah putih untuk Etuza di sebuah pasaraya. Katanya Jubah itu sangat cantik cream dan ringan. Bila merenung Jubah itu  dia ingat pada Etuza, sesuai mungkin Jubah ini untuknya lalu di beli.

Masa hendak hantar dia di rumah kediamannya, dia hulurkan sebuah bakul dan mama sebelah menyambutnya dan seolah berfikir benda apa tu. Ambil saja ya kak, begitulah kata-katanya ringkas. Saya fikir ha ni mesti tudung perempuan kan wanita ni suka beli tudung.

Jubah Dari Jeddah menjadi milik Etuza ..Subahanallah

 Sampai di rumah, mama keluarkan apa dalam bakul. Jubah lah untuk awak lah baju ni kata mama sambil hulurkan kepada Etuza. Etuza lalu mengambil Jubah itu dan membelek-beleknya, agak besar kelihatannya, tetapi warna putih dia bersinar nampaknya. Lalu Etuza cuba memakainya. Subahanallah panjang sesuai, saiz sesuai agak ringan pakai. Jubah satu set dengan seluar lah pula. Ya Allah..rezeki dariMu Ya Allah. Terima kasih kepada yang memberi hadiah bernilai ini. Semoga dia dimurahkan rezeki dan diberkati setiap langkah kehidupannya.


Gambar Etuza memakai Jubah dari Jeddah. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.