Sambutan Hari Guru 2019
Banner Majlis hari Guru Zon Pegalan 2019
Sambutan Majlis Hari Guru Zon Pegalan 2019 dilangsungkan di SK. Rancangan Biah Skim pada 26 Jun 2019. Penganjuran yang sangat berjaya dan meriah dengan berbagai persediaan rapi. Perasmian majlis ini telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Puan Mistirine Binti Radin. Syabas dan tahniah semua. Selamat hari guru dan berbanggalah menjadi salah seorang guru di Dunia.
Kenangan Etuza
Dalam ucapan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, beliau menegaskan bahawa tugas guru bukan perkara mudah, tetapi satu tugas murni yang amat mulia. katanya dia di didik sebermula dari guru di sekolah seawal lima tahun sehingga berjaya. Mengingat kembali zaman persekolahan beliau dahulu di Daerah Ranau beliau amat merasakan detik itu amat seronok dan berbagai pengalaman di lalui. Bagaimanapun guru masa kini sedang berhadapan dengan berbagai situasi dan ada keadaan di mana guru harus bersabar dalam mendidik anak bangsa, ini kerana murid dan ibubapa amat sensitif apabila terjadi perkara yang tidak baik berlaku. Selamat hari Guru kepada semua yang bergelar guru. Semoga maju jaya.
TEMA : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
Logo Ini Memberi Maksud:
Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru - jasa guru tidak ternilai.
Pengarah Pendidikan Jabatan Negeri Sabah.
15 Ulasan
Selamat hari guru buat cikgu. Moga terus istiqomah dalam mendidik anak-anak bangsa.
BalasPadamlama rasanya takde kabar dr blog nih, terasa rindu jugak
BalasPadamhari guru, antara hari yg di ingati dan di raikan sedunia... seronok tengok sambutan hari guru di sekolah En Etuza
Cabaran dan dugaan seorang guru sekarang ni lebih besar. Semoga guru-guru terus berjuang untuk mendidik anak bangsa.
BalasPadamSelamat hari guru cikgu Etuza
BalasPadamSekarang tugas guru semakin berat kan Cikgu..moga Cikgu sentiasa diberi kesihatan agar terus dapat berbakti untuk anak bangsa..aamiin.
BalasPadamSelamat hari guru
BalasPadamSalam raya
BalasPadamMaaf zahir batin
BalasPadamSelamat menyambut hari guru 2019
BalasPadamsaya akui tugas guru bukan mudah. perlu minat yang mendalam.
BalasPadamsaya memang selut dengan tugas guru.
selamat hari guru 2019 :-)
BalasPadamLama betul menyepi..bila nk start aktif blk ni
BalasPadamTak sempat ucap selamat hari guru 😁
BalasPadamDitunggu kelanjutan nya ya.. Berita Bola Terkini PREDIKSI ROMA VS NAPOLI ANCAMAN SERIUS DARI TIM TAMU
BalasPadamSelamat hari guru :)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.