Rindu Seorang Ayah

Rindu Seorang Ayah 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Selepas solat subuh hari ini, ada masa sedikit on line ke laman maya. Etuza klik lah FB Etuza, nampak gambar imej anak lelaki Etuza ada membuat komentar di FB ayah dia ni. Apa yang mengejutkan anak tersayang anak lelaki Etuza gunakan gambar lama Etuza dan ibu dia dan dalam gambar uitu ada anak Etuza tu dalam ribaan Etuza. Ya Allah sangat terharu dan amat rindu dengan dia melihat gambar ini. Gambar ini Etuza ingat dalam FB Etuza anak copy dan letak di FB anak tersayang. Inilah gambarnya tu. Etuza dulu tak sama hari ini. Gambar ini baru dua anak. Mama sedang mengandungkan anak ke tiga pula. Terima kasih anak ku Ikmal. Ini tandanya anak-anak Etuza menghargai kami ibubapa mereka semua. Salam sayang buat anak-anak di kejauhan. 

Rindu seorang ayah. Anak lelaki Etuza Ikmal masa kecil dalam ribaan Etuza.
Comel kan.
Anak dah besar remaja, alhamdulillah sihat dan tu lah baju batik pink kolar hitam tulah dia masa kini.  Yang ada sangkut beg tu dia lah anak sulung lelaki Etuza ya.
Terasa bagaikan mimpi, pejam celik dah besar..rindunya saat mereka semua
masih baby..boleh sikut, belai manja. Yang ada baby dan anak kecil masa
sekarang nilah masa anda membelai penuh kasih sayang anak-anak anda ya.
Dah besar tak dapat semua tu..

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. COMELNYA ANAK SULUNG CIKGU...DH BESAR PUN..TENTU KITA IBUBAPA MRK SGT MERINDUI TIKA MRK KECIL MEMBELAI PENUH KASI H

    BalasPadam
  2. Syukurlah, ada anak-anak yang mengingati kedua ibu bapanya. Semoga mereka terus berbakti kepada ibu bapa.

    BalasPadam
  3. Allahu. Babah cakap bagi ibu bapa anak-anak tetap kecil dipandangan mereka.

    BalasPadam
  4. Semoga ukhuwah kekeluargaan sentiasa erat

    BalasPadam
  5. kita lak yg touching rasanya...
    jarang anak lelaki meluah kan kerinduan mcmni, mmg betul2 rindu agaknya nih...

    BalasPadam
  6. Semoga menjadi anak2 yg soleh. Aamiin...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum cikgu, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Rindu tidak akan pudar seiring pertambahan usia. Semakin meningkat usia semakin bertambah rasa rindu.. demikianlah fitrah yang Allah telah campakkan ke dalam nurani manusia..

    BalasPadam
  8. Comel masa kecilnya, dah besar ikut raut wajah ayahnya :)

    BalasPadam
  9. mesti rindu zaman diorang masih kanak2..

    BalasPadam
  10. Samalah kita, rindu pada yang jauh

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.