Kata Banyak Idea Di Blog!
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Klik blog petang ini, nampak statistik merundum, sedih juga melihat prestasi blog Etuza. Walaupun bukan WAJIB sangat blog ini, tetapi telah menjadi rutin harian kena updated dan ada pengisian yang baik-baik. Lama merenung komputer, membaca dan klik laman teman maya. Tersentak sedikit rasa kosong di minda, tiada apa hendak di udarakan. Mencari cari idea dan paparan apa nak di mayakan untuk seterusnya.
Kucing peliharaan Si Putih Susu nama di beri..
Pada pandangan atau pendapat Etuza idea atau bahan untuk blog kian hilang atau kurang cepat dijanakan di minda ialah ada kemungkinan faktor di bawah berdasarkan pengalaman pengamatan Etuza.
1. Blogger sering sibuk di siang hari hingga penat dan perlukan masa rehat dan tak fikir lagi hal-hal lain seperti hendak update blog.
2. Blogger ( sampingan ) memikirkan bukan keperluan atau bukan perkara WAJIB sangat. Melainkan pengisian updated blog sekadar mengisi masa senggangnya. Terjadilah tidak kisah walau prestasi blog merundum.
3. Kurang bersemangat, minda tak berapa berfikir menangkap bahan-bahan fresh untuk blog, kerana juga blogger terlalu berhati-hati maka idea hendak buat catatan blog tergendela seketika.
4. Minat membaca berkurangan dan tiada apa yang menarik minat perhatian blogger di medan sosial maya.
5. Blog seolah-olah terpinggir dan tiada komentar walaupun sepatah kata. Perkara tiada komentar juga sedikit meranapkan semangat untuk berblog. Logiknya tiada interaksi pembaca atau teman blogger maka sukar untuk kita hadirkan diri ke laman kegemaran. Kerana laman kegemaran juga kelihatan seperti blog kita yang tidak updated.
Ha begitu rupanya jika blog semakin sepi dan prestasi merundum..
Berusahlah juga updatedkan blog ya..
Pesan untuk diri Etuza sendiri.
12 Ulasan
part pv jatuh tu mmg buat kemurungan kan..kekdg tu banyak nk ditulis tapi bila ada gangguan..mesti mood hilang hehe
BalasPadambw waktu mlm..:)
BalasPadamKan..kadang2 tu ada juga sehari dua tak update sebab kebizian dan takde idea..bila da ade masa, cepat2 la update sampai schedule beberapa hari punya..haha
BalasPadamMemang begitulah lumrah menulis blog... mood menulis ada turun dan naik, kan :)
BalasPadamsya berblog ni utk tambah kwn2, share cerita dan sebagai simpanan sya sndiri... itu sbb nya selalu sabtu ahad senyap sbb bizi ngn family...
BalasPadampastu blog sya pun simple2 je... isi nya mudah je
keep on blogging :)
BalasPadamsemoga diberi kekuatan utk terus berblog :)
BalasPadamaida blogging ni utk isi masa lapang.
BalasPadamhobi. update blog & blogwalking.
x pernah down if pv tak kencang :)
sampingan.
ni aida dtg ni. kasik up pv blog ni in shaa Allah.
Semoga terus berinspirasi untuk berblogging, menulis buat rujukan manfaat insan, in shaa Allah.
BalasPadamsayalah tu cikgu insyaAllah cuti tahun baru cina ni saya cuba luangkan masa
BalasPadamSaya pun dah seminggu tak update blog sebab ada komitmen lain yang lebih penting. Harap-harap masa cuti tahun baru cina ni dapatlah luangkan masa untuk update blog.
BalasPadam24jam sehari semalam serasa tak cukup.. 🤗🤗🤗
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.