Menunggu Nasi Arab di Restoran Mashawi Sepanggar Dyansti Tang

Makan Nasi Arab di Restoran  Mashawi Sepanggar Dyansti Tang

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Semoga sihat di hari Ahad yang ceria sekali.Syukur atas nikmat yang Dia limpahkan.

Baiklah ni ada cerita semalam lepas Maghrib, anak sulung bawa kami ke satu restoran milik Pak Arab yang terkenal di area Spanggar Dynasty Tang Kota Kinabalu, agak jauh dari Turaan. Cuma yang bagusnya jalan menuju ke sini mudah sahaja kerana hanya jalan lurus dan belok ke kanan apabila melihat bangunan tinggi Dynasty Tang Jalan sepanggar. Jumpa lah Restoran Mashawi ini.

Wah menu nasi arab, pertama kali Etuza makan dan isteri serta tiga orang anak lagi. Yang kakak tu dah makan nasi arab banyak kai sebab study di Mesir. Jumpa pula restoran milik Pak Arab di area Spanggar Kota Kinabalu. Merasa juga makanan ini.

Ramai sekali orang datang kala malam, semuanya Etuza tak kenal, ramai dari seberang nampaknya ke sini. Meriah malam ini sebab ada satu deret meja full satu keluarga sambut hari lahir, siap mereka menyanyi dan doa untuk insan yang hari jadi tu. Kami duduk menunggu juadah yang anak dan oder. Jadilah adegan gambar dalam blog ini. Kata anak menu memang lambat sampai sebab tengok saja tetamu datang ramai katanya. Elok lah buat hal menggambar dahulu apa yang difikirkan elok untuk blog. Jemput tengok gambar sebelum bedal nasi arab ya.


Buku menu yang comel..cantik..


Mama dan Mustaqim yang disayangi..hehehe..happy ja kan


 Mama dan Etuza - Ni kerja anak ni..nak juga ambil gambar ibubapa dia..
jadilah dua sejoli 

Lagi gambar kami,,

Ha ni lah anak yang bawa ke Restoran Mashwi Pak Arab ni..
belanja kitaorang makan..humm!! sedap lazat

Hooo Memang Hungry lah ni..

Percaya kan- Tengok full house, masa ni malam ni tau..

Minuman ni ja dahulu sampai, nasi arab belum ada lagi masa ini..
apa lagi minum lah kan
ada rasa pudina lah minuman   Etuza RM 3.80 sen segelas besar tu..

Maaf kan jika ada salah ejaan, terburu-buru updated blog. Begini lah kejar masa. Nak ke Hospital Queen Elezebert KK lepas ini.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. etuza..nnt tunjukla gambar nasi arab tu..:)

    BalasPadam
  2. Sesekali menikmati nasi arab bersama keluarga...nikmat luar biasa.

    BalasPadam
  3. Saya pernah makan nasi arab sebelum ni. Tapi makanan Malaysia tetap di hati. Kalau sekali-sekala nak makan nasi arab tu bolehlah.

    BalasPadam
  4. ooo..orang Sabah rupanya etuza ni ya..alhamdulillah, sweet family gi makan bersama2 kat luar..rindu pulak family kat Sarawak..

    BalasPadam
  5. Wahh sambutan yg meriah terhadap restoren pak arab ni

    BalasPadam
  6. Elcafe dh selamat smp ke tgn saya cikgu
    Terimakasih byk2
    Lebih kurang minta halalkan ya

    BalasPadam
  7. sedap nya nasi arab kalau kena gaya masak nya memang bertambah tambah lah

    BalasPadam
  8. Seronok dpt santai makan2 sekeluarga mcm ni.. air tu pun nampak sedap, harga pun berbaloi. Teringin pulak nak tengok nasi arab tu hehee :)

    BalasPadam
  9. Berkumpul bersama keluarga dan makan bersama di luar memang best!

    BalasPadam
  10. Sesuai dengan layanan dan tempat sepecial..harga RM12.80 satu

    BalasPadam
  11. Seronok bila sesekali dibelanja ... Anak anak pun dah besar, semoga anak anak menjadi anak yg soleh solehah dan sentiasa murah rezeki.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.