Resipi Sup Buah Tarap Muda

Resipi Sup Buah Tarap Muda

Resipi Sup BuahTarap Muda

Sup Buah Tarap Muda ( Masakan Tradisional Sabah )

Resipi masakan ini amat mudah sekali. Tidak perlu banyak bahan malah hanya ada buah tarap muda ( Timadang Tomulok ) dalam bahasa Dusun sudah cukup mamadai dan diperasakan dengan garam sedikit sudah cukup lazat berkhasiat Sup Buah Tarap Muda ini.

Pembaca maya atau teman blogger harap kenal buah ini ya. Buah Timadang namanya jika di Sabah. Petang kemarin 3 orang anak balik dari jauh. Semuanya anak perempuan Etuza. Etuza tak terfikir pun hendak ke kebun melihat-lihat jika ada buah pokok tarap. Anak -anak bawa ibu mereka ke kebun buah, bukannya jauh belakang rumah saja, katanya ada buah tarap muda tapi tingginya, macamana nak ambil teringin sangat nak makan Sup Sayur Timadang katanya. Dengan berkat usaha ibu dan demi kasih sayang di jolok menggunakan bambu panjang, akhirnya dapat buah tarap muda. Alhamdulillah.

Apabila dah siap masak Etuza pun dipanggil turun ke dapur. Terkejut Hidangan semua dah siap sekali dengan Sup Buah Tarap Muda ( Masakan Tradisional Sabah ) Wah ..memang sedap kata anak-anak. Hummm!!! mama masak memang lah sedap. Etuza seperti biasa ambillah gambar dan hasilnya di atas tu lah gambar Sup Buah tarap Muda.

Resipi Sup Buah Tarap Muda ( Resipi Mama )
1. Satu buah tarap muda -Dibuka kulit dan potong kecil-kecil
2. Garam dan perasa cube ayam - secukup rasa.
3. Air untuk merebus buah tarap muda - Agak-agak air sebagai Supnya sekali.
4. Sedikit bawang merah, bawang putih dan halia.
5. Sedikit isi ayam di potong kecil-kecil.

( Cara masak- masukkan sekali semua bahan yang telah dibersihkan ke dalam kuali, gaul kan hingga sebati dan tunggu hingga mendidih )

Mudah sekali masakan tradisional orang Sabah. Sedap tau! anak-anak hingga tambah nasi makan bersama Etuza dan mama.

Bahan lain ( digunakan untuk menambah kelazatan Sup Buah Tarap Muda )
1. Bawang goreng
2. Limau kasturi
3. Lada padi..
4, Cuka makan - Jika tidak ada limau kasturi.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

Pertama kali dengar dan tahu...unik.Bila Cikgu kongsi bertambah pengetahuan sahabat-sahabat blogger...jadi ilmu untuk PC juga..

Maaf Cikgu, saya tak kenal buah ni, mungkin di Semenanjung dikenali dengan nama lain..

Nampak sedap dan menyelerakan..

Saya dah google, bentuknya lebih kurang buah sukun.. 🤗

Baru tau ni dan tak pernah rasa. Nampak menyelerakan, teringin juga nak rasa nanti.. best

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger