Cerita Kehidupan yang Kini Menjadi Kenangan

Cerita Kehidupan yang Kini Menjadi Kenangan 
Asalamualaikum
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Hidup ini sebenarnya indah apabila kita layari kehidupan dengan pergi melihat sekitar tempat lain. Tidaklah kita terperap dalam satu situasi tempat kita yang kita tatap sepanjang kehidupan ini. Bukan maksudnya tempat kita itu sudah kita bosan melihatnya, malah kita letakkan tempat kita tempat tinggal kita sebagai tempat terbaik iaitu no 1 sebagai tempat yang memberikan kita banyak kebaikan dan kebahagian dalam kehidupan ini.
Apabila nanti ada kesempatan belayar ke tempat yang jauh, manfaatkan atau laluinya dengan penuh kesyukuran, bersyukur kepada ilahi atas kurnia dan takdirnya kita dapat berpeluang melihat di tempat orang lain. Pasti pengalaman melawat tempat lain sedikit membuka tekanan dalam diri kita. Sebab akan tercetus perasaan kagum kepada keindahan alam di tempat yang menarik di tempat lain.

 Bersarapan pagi kemarin di tempat tinggal . Alhamdulillah dapatlah makan 
percuma, alhamdulillah..

Dan antara kesan lain yang kita rasakan apabila pergi melancong atau melawat ke tempat lain, ialah  akan terbit rasa keinsafan dan rendah diri kepada Allah. Rupanya melihat tempat orang membuat kita rasa teruja dan kagum betapa situasi tempat masyarakat saling berbeza  dari segi keadaan persekitaran, kemajuan dan budaya masyarakat yang kita ketahui.

Kemarin tanggal 6 hb Ogos 2018, detik yang menggembirakan kerana buat pertama kalinya kami dapat berkunung ke rumah adik bongsu Etuza yang berkahwin dengan lelaki pilihannya dari Tamparuli. Kedua-dua mereka bertugas sebagai guru di sekolah menengah. Di persekitaran rumah mereka terasa sejuk dengan udara atau angin bertiup dari bayu Gunung Kinabalu.

 Lelaki baju putih dan 2 anak perempuan rambut cecah dahi adalah
anak-anak adik Etuza.

 Gambar bersama anak buah di rumah kediaman mereka di Tamparuli, Sabah

Apabila sudah bertemu, maka banyaklah cerita yang dikongsi dan yang paling biasa kita lakukan ialah kita masing-masing mengambil gambar kenangan. Inilah gambar kami ketika di rumah adik di Tamparuli. Sebagai abangnya pasti sentiasa mendoakan semoga keluarga adik bongsu Etuza sentiasa dilindungi Allah dan anak-anaknya cemerlang dalam bidang pelajaran suatu masa nanti.

Kenangan ini akan abadi dalam kamus hidup Etuza dan isteri.  Selain itu Etuza pada hari kemarin juga merasa damai dan gembira apabila anak sulung Etuza kini telah masuk ke rumah sewa baru bersama seorang rakan  yang yang turut sama tinggal dalam rumah baru tersebut di mana kedudukan rumah itu lebih dekat dengan tempat kerjanya. Alhamdulillah syukur ke hadratMu ya Allah.

Anak ke 3 adik Etuza comel kan..

Inilah dia yang dikatakan kehidupan. Peristiwa lewat kemarin pasti akan menjadi sejarah hidup yang akan menjadi ingatan dan kenangan dalam lipatan kehidupan kita. Etuza berpesan laluilah layar hidup ini dengan sebaiknya dan tanamlah ilmu permata yang bersinar dengan pohon-pohon yang menghasilkan buah yang manis buat bekalan di akhirat kelak. salam sayang dari Etuza. Jumpa lagi di lain cerita.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cptnya masa berlalu. X lama lg nk dpt menantu la tu. Aamiin..

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH UKHUWAH YG TERJALIN ERAT

    BalasPadam
  3. alamak ..itu takdir Nya Abam Kie

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat juga rumah sewa..
    Berapa RM/bulan?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.